PAPAR: Beberapa cadangan serta pendekatan terbaik berkaitan isu komuniti nelayan di daerah ini yang berdepan isu saman ekoran melepasi kawasan persempadanan perairan dilindungi telah dikemukakan kepada pihak berwajib.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir Petra berkata pihaknya telah mengambil maklum berhubung perkara itu disamping telah menyuarakannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) tahun lalu.
Beliau menyatakan penjelasan berkait isu berkenaan telah diberikan kepada pihak berkaitan setelah meneliti dan mendengar luahan daripada komuniti nelayan khususnya dari Kampung Kuala.
“Saya telah membuat libat urus bersama Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, agensi, jabatan dan pemain industri berkaitan.
Advertisement





