Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Polis siasat penemuan anggota badan di Indah Permai
Published on: Friday, February 13, 2026
Published on: Fri, Feb 13, 2026
By: Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
Polis siasat penemuan anggota badan di Indah Permai
PIHAK berkuasa di lokasi kejadian. – Rakam layar video Info X.
Kota Kinabalu: Polis sedang menyiasat penemuan beberapa anggota badan manusia di kawasan deretan kedai Indah Permai, Menggatal, pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah ACP Kasim Muda (gambar) berkata Ibu Pejabat Polis Daerah menerima maklumat awal mengenai kejadian itu pada jam 8 pagi.

Advertisement
Anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu (IPD KK) berada di lokasi untuk menjalankan siasatan.

Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati beberapa anggota badan manusia ditemukan di dalam tong sampah dan di kawasan sekitar deretan kedai Indah Permai, dengan semua bahagian dipercayai milik mangsa yang sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan usaha sedang dijalankan untuk menentukan identiti serta mengesan waris terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Unit Forensik Kontinjen Sabah, Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE1) dan Unit Pengesan K9 menjalankan pemeriksaan terperinci di lokasi bagi mengumpul bahan bukti serta membantu siasatan.

Advertisement
“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum anggota badan terbabit dibuang di kawasan deretan kedai berkenaan,” kata Kasim.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik HQE1 dan bedah siasat dijadualkan dijalankan hari ini (Jumaat).

Advertisement
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here