Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
MA63: Kerajaan Persekutuan kekal komited
Published on: Wednesday, February 11, 2026
Published on: Wed, Feb 11, 2026
By: Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
MA63: Kerajaan Persekutuan kekal komited
Mustapha berkata isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen semasa perbahasan khususnya berkaitan Sabah dan Sarawak, secara umumnya tertumpu kepada peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) serta status pelaksanaan MA63
Kuala Lumpur: Kerajaan Persekutuan akan terus melaksanakan perkara-perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan sedia ada.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen semasa perbahasan khususnya berkaitan Sabah dan Sarawak, secara umumnya tertumpu kepada peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) serta status pelaksanaan MA63.

Advertisement
“Kerajaan Madani kekal komited dalam perbincangan berterusan dengan kerajaan Sabah dan Sarawak bagi menangani perkara-perkara berkaitan MA63 yang masih belum diselesaikan dalam kerangka perlembagaan dan undang-undang,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Berhubung geran khas di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan, Mustapha berkata rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah diadakan pada 17 Nov 2025 dan 28 Jan 2026, dan masih diteruskan, melibatkan Kementerian Kewangan serta Jabatan Perdana Menteri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menegaskan perkara berkaitan kesihatan dan pendidikan yang dibangkitkan oleh kerajaan Sabah dan Sarawak sedang diteliti melalui jawatankuasa kerja bersama yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.

Menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Tuaran mengenai kelayakan Sabah untuk menerima 40 peratus hasil Persekutuan, Mustapha berkata Kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan terhadap kelayakan Sabah itu, sambil menjelaskan, rayuan berkenaan hanya melibatkan aspek teknikal dalam alasan penghakiman Mahkamah Tinggi.

Advertisement
Katanya, rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah masih diteruskan.

Mustapha turut memaklumkan Dewan Rakyat bahawa beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTP MA63) pada Sabtu (6 Feb).

Advertisement
Setakat ini, 13 daripada 29 perkara berkaitan MA63 telah diselesaikan, dengan sembilan dimuktamadkan di bawah pentadbiran semasa dan empat di bawah kerajaan terdahulu, manakala baki yang lain berada pada pelbagai peringkat perbincangan.

“Sebuah dashboard (papan pemuka) awam mengenai status pelaksanaan MA63 boleh diakses melalui portal rasmi Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Mengenai projek di Sabah, Mustapha berkata prestasi perbelanjaan di bawah Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tahun 2025 mencatatkan 99.52 peratus setakat 26 Jan 2026.

Beliau berkata kelewatan projek secara umumnya berpunca daripada isu pentadbiran tanah, pemindahan utiliti serta proses kelulusan bagi perubahan skop kerja, yang memerlukan penyelarasan berterusan antara agensi Persekutuan dan negeri.

Mengakhiri ucapan, Mustapha berkata pelaksanaan MA63 merupakan sebahagian daripada tanggungjawab perlembagaan kerajaan, yang bertujuan mengekalkan hubungan seimbang antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here