KENINGAU: Dua lelaki cedera apabila sebuah pacuan empat roda jenis pikap Toyota single cab dinaiki terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan dalam kejadian di Jalan Sook–Nabawan pada awal Isnin.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 7.05 pagi itu salah seorang mangsa dikenal pasti berusia 30 tahun manakala usia seorang lagi mangsa belum diketahui.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau Faisal Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sejurus selepas kejadian.
“Kami menggerakkan enam anggota yang tiba di lokasi pada jam 7.09 pagi.
“Menurut saksi kenderaan itu melanggar pembahagi jalan sebelum tersangkut pada penghadang.
“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba bertugas,” katanya.
Dalam pada itu pasukan bomba bertugas kemudiannya melakukan pemeriksaan menyeluruh di lokasi bagi memastikan tiada bahaya tambahan.