Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
22 pendatang tanpa izin dihukum penjara
Published on: Tuesday, February 10, 2026
Published on: Tue, Feb 10, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
22 pendatang tanpa izin dihukum penjara
Mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: 22 individu yang memasuki Sabah secara haram dan tinggal melebihi tempoh sah dokumen perjalanan mereka telah dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen pada Isnin.

Warga Indonesia dan Filipina itu mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Hurman Hussain atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Advertisement
19 daripada mereka dijatuhi hukuman penjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri tanpa dokumen sah. Mereka ditahan di beberapa lokasi di Sipitang dan bandar raya ini selepas gagal menunjukkan dokumen sah kepada pegawai Imigresen semasa operasi dijalankan.

Mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 dan sebatan jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu dua daripada mereka dijatuhi penjara 12 bulan setiap seorang manakala seorang lagi didenda RM10,000 atau penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda kerana tinggal di negeri ini selepas dokumen perjalanan mereka tamat tempoh.

Ketiga-tiga mereka ditahan di kawasan Sipitang selepas menyerahkan dokumen yang telah luput.

Advertisement
Semasa hujahan mitigasi kesemua 22 individu memohon supaya dikenakan hukuman ringan dan dibawa pulang ke negara asal secepat mungkin.

Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh penahanan dan selepas selesai menjalani hukuman atau membayar denda mereka akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang.

Advertisement
Pegawai Pendakwa Norhayati Abdul Hari dari Jabatan Imigresen mewakili pihak pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here