Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Waspada kehadiran buaya di Pantai Marintaman
Published on: Monday, February 09, 2026
Published on: Mon, Feb 09, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Waspada kehadiran buaya di Pantai Marintaman
AMARAN kehadiran buaya di Pantai Marintaman.
SIPITANG: Orang ramai diminta berhati-hati di Pantai Marintaman, khususnya di kawasan Pantai Sipitang, susulan amaran mengenai pantai yang dikenal pasti sebagai habitat buaya.

Bekas Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sindumin Sani Miasin berkata kebanyakan habitat buaya yang sebelum ini tertumpu di sungai kini dilihat beralih ke kawasan laut.

Advertisement
Oleh sebab itu, katanya, orang ramai yang berkelah di tepi pantai perlu lebih berwaspada.

“Buaya sekarang berbeza kerana ia mencari mangsa ketika lapar dan bergerak ke kawasan laut, terutama di daerah yang mempunyai kawasan pantai seperti di sini,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, situasi tersebut memerlukan pengawasan rapi, terutama terhadap kanak-kanak, ketika mandi-manda di kawasan pantai.

Sani berkata keadaan itu dibuktikan dengan beberapa laporan mengenai kemunculan buaya di pelbagai lokasi, termasuk di perairan Pulau Labuan, selain penampakan di Pulau Eno dan Kampung Negalang.

Advertisement
Tahun lalu, seorang nelayan dilaporkan dibaham buaya ketika turun dari perahunya dan mayat mangsa tidak ditemui, sehingga arahan dikeluarkan untuk menembak buaya.

Di Weston pula, beberapa ekor buaya ditembak oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), termasuk seekor buaya bersaiz sederhana ditembak.

Advertisement
Baru-baru ini, seorang nelayan, Muhd Nur Farezsyah Ahmad, menangkap seekor buaya yang terperangkap dalam pukatnya sebelum melepaskannya semula ke sungai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here