Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Kepengerusian Asean buka peluang angkat produk dari Sabah – Ewon
Published on: Monday, October 27, 2025
Published on: Mon, Oct 27, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kepengerusian Asean buka peluang  angkat produk dari Sabah – Ewon
Ewon berkata program SME Venture@Asean 2025 yang diadakan baru-baru ini, menjadi platform penting bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Sabah memperkenalkan produk masing-masing.
TELUPID: Kepengerusian Asean 2025 oleh Malaysia membuka ruang yang lebih luas kepada usahawan tempatan untuk menembusi pasaran serantau, sekali gus mengetengahkan keunikan produk tempatan termasuk hasil kraftangan dari Sabah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata program SME Venture@Asean 2025 yang diadakan baru-baru ini, menjadi platform penting bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Sabah memperkenalkan produk masing-masing.

Advertisement
“Pavilion Sabah telah dibuka dengan mengangkat produk-produk Sabah malah sebahagian daripada cenderamata untuk pelbagai mesyuarat Asean itu juga melibatkan produk misalnya kraftangan daripada Sabah.

“Kita cipta ruang pembabitan usahawan, sama ada dalam bentuk cenderamata kepada pelbagai mesyuarat atau pun penyertaan dalam ekspo-ekspo peringkat Asean yang diadakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional, di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, Ewon berkata kementerian juga telah melaksanakan empat pengisian utama sepanjang program Kepengerusian Asean tahun ini, termasuk Asean Coordinating Committee on Small and Medium Enterprise (SME) di Langkawi, Kedah dan Asean Inclusive Business Forum di Kuala Lumpur.

“Small Medium Enterprise Development Bank Bhd (SME Bank) turut melancarkan Center of Excellence for Green Transitions for Malaysian Small, Medium and Enterprse (MSME) peringkat Asean serta Asean Cooperative Dialogue beberapa bulan lepas,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here