Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Lelaki didakwa rogol kekasih bawah umur
Published on: Thursday, February 05, 2026
Published on: Thu, Feb 05, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa rogol kekasih bawah umur
Kesalahan itu di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah sekolah didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol teman wanitanya yang masih di bawah umur.

Zarvoel Saidi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan pada Rabu.

Advertisement
Tertuduh didakwa merogol pelajar perempuan berusia 14 tahun dan 10 bulan pada jam 3 petang, 10 Januari tahun ini di sebuah hotel di Tuaran.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 4 Mac sebagai tarikh pengurusan kes sebelum perbicaraan dan memerintahkan Zarvoel ditahan reman sehingga tarikh itu selepas bantahan pihak pendakwaan. 

Mahkamah juga menolak permohonan jaminan kerana Zarvoel bekerja di sekolah yang sama dengan mangsa berisiko mengganggu saksi dan merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis memohon tiada jaminan diberikan atas alasan kesalahan tidak boleh dijamin dan Zarvoel berisiko mengganggu saksi kerana tempat kerjanya berdekatan dengan mangsa.

Zarvoel yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dengan alasan perlu menyara ibu bapa dan tinggal di Tamparuli. 

Advertisement
Mahkamah menasihatkan beliau supaya mendapatkan peguam untuk mewakilinya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here