Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Lapan ditangkap disyaki salah guna air ketum, ‘mushroom’
Published on: Monday, January 26, 2026
Published on: Mon, Jan 26, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Lapan ditangkap disyaki salah guna air ketum, ‘mushroom’
Jasmin berkata soal siasat, risikan dan pengumpulan maklumat masih berjalan untuk mengesan pembekal asal air ketum dan cecair mushroom yang dijual dan diedarkan oleh suspek utama.
TAWAU: Polis menangkap lapan lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan air ketum hasil serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas, di sini, pada Jumaat.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 16,839.29 mililiter air ketum, 627.84 mililiter cecair dadah disyaki jenis “mushroom” dan 9.12 gram ganja yang secara keseluruhan dianggarkan bernilai RM4,020.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata suspek utama, seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun, mengaku sebagai pemilik air ketum dan cecair mushroom yang dirampas.

“Manakala tujuh lagi suspek berumur 19 hingga 40 tahun berbeza kewarganegaraan pula mengaku mendapatkan bekalan air ketum daripada suspek pertama di kampung berkenaan,” katanya pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Jasmin berkata soal siasat, risikan dan pengumpulan maklumat masih berjalan untuk mengesan pembekal asal air ketum dan cecair mushroom yang dijual dan diedarkan oleh suspek utama.

Operasi diketuai oleh Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Daerah DSP Sukvinderjeet Singh Channan Singh dengan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Advertisement
“Semasa pemeriksaan, suspek utama menyerahkan 13 botol berlainan saiz dipercayai mengandungi cecair dadah jenis mushroom dan sebungkus kotak rokok berisi tumbuhan kering disyaki ganja. Rampasan lain diperolehi hasil pemeriksaan di sekitar kawasan dalam dan luar rumah berkenaan,” katanya, menambah semua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Tawau.

Ujian saringan awal air kencing terhadap kelapan-lapan suspek disahkan negatif dadah manakala semakan latar belakang pula mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang rekod kesalahan jenayah lampau.

Advertisement
Siasatan dikendalikan oleh Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sarjan Meliza Negel di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here