Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Dua warga asing curi kabel dicekup
Published on: Saturday, January 24, 2026
Published on: Sat, Jan 24, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Dua warga asing curi kabel dicekup
KENDERAAN digunakan suspek bersama kabel yang dirampas.
KOTA BELUD: Dua lelaki warga asing ditahan manakala beberapa rakan subahat mereka meloloskan diri dari sekatan jalan raya (SJR) Op Perdagangan selepas disyaki mencuri kabel elektrik di daerah ini, pada khamis.

Kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi di Jalan Ranau Bypass, Kampung Rangalau itu, apabila sebuah Mitsubishi Triton yang dinaiki kumpulan suspek dihentikan di lokasi SJR tersebut tetapi selepas dilihat mencurigakan, sebelum melarikan diri.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Shahrudin Mat Husain berkata, susulan itu, satu kejadian aksi kejar-mengejar kenderaan terbabit berlaku dari lokasi SJR sehingga ke Kampung Bokilong.

“Pasukan polis dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Kota Belud berjaya memintas kenderaan dinaiki suspek.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dua lelaki warga asing berusia 25 dan 27 tahun ditahan manakala beberapa suspek lain meloloskan diri ke arah hutan,” katanya.

Shahrudin berkata, polis menemui sejumlah kabel telekomunikasi yang dipotong di belakang kenderaan tersebut.

Advertisement
“Kedua-dua suspek itu dan kenderaan termasuk barang rampasan dibawa ke IPD Kota Belud untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 22A Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Negeri Sabah dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/53.

Advertisement
Sehubungan itu, Shahrudin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah yang menjejaskan kemudahan awam serta keselamatan masyarakat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here