Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Jalan ke Klinik Kesihatan Penampang dibaiki secara berperingkat
Published on: Wednesday, January 21, 2026
Published on: Wed, Jan 21, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Jalan ke Klinik Kesihatan Penampang dibaiki secara berperingkat
KERJA-kerja pembaikan sedang dijalankan bagi menampal kerosakan di sebahagian laluan masuk ke Klinik Kesihatan Penampang.
BEBERAPA lubang jalan terbentuk di laluan menuju ke Klinik Kesihatan Penampang telah dibaiki oleh syarikat konsesi kerajaan manakala Majlis Perbandaran Penampang (MPP) kini dalam proses menurap semula bahagian jalan yang masih belum berturap di laluan sama.

Seorang pesakit klinik itu bagaimanapun berharap Jabatan Kesihatan dapat menunjukan keprihatinan yang sama terhadap keadaan jalan di dalam kawasan premis klinik berkenaan.

Advertisement
PEKERJA kontraktor sedang menandakan bahagian tepi jalan di sepanjang laluan yang masih belum diturap.Tindakan ini diambil susulan maklum balas orang awam mengenai pengalaman pemanduan yang kurang memuaskan di kedua-dua laluan tersebut. 

Pemandu terjejas menyalahkan kekurangan penyelenggaraan jalan sebagai punca kerosakan kenderaan mereka sekali gus mengeluh terpaksa menanggung kos tambahan untuk mendapatkan khidmat mekanik.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pengadu telah menyalurkan butiran berkaitan kepada Hotline dan maklumat itu kemudianya dimajukan kepada MPP serta Jabatan Kesihatan.

Jurucakap MPP berkata pihaknya telah memeriksa keadaan jalan masuk ke klinik berkenaan sebaik sahaja mengesahkan laluan itu tersenarai dalam daftar jalan agensi berkenaan.

Advertisement
PEMANDU yang kerap berkunjung ke klinik berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan jalan berlubang di dalam kawasan premis.“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat mendapan di banyak bahagian jalan dari simpang Jalan Penampang–Tambunan hingga ke pintu masuk utama klinik,” katanya.

Menurutnya lagi terdapat juga bahagian jalan yang mengalami rekahan atau hakisan lapisan asfalt.

Advertisement
Beliau berkata jarak antara simpang tersebut ke pintu pagar hadapan institusi perubatan itu adalah kira-kira 143 meter.

Katanya syarikat konsesi kerajaan telah dimaklumkan mengenai penemuan itu dan diminta melakukan pembaikan yang diperlukan secepat mungkin.

“Kami menggesa syarikat berkenaan supaya lebih peka terhadap keadaan laluan ini bagi mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna jalan raya,” ujarnya.

Menurut beliau pihak syarikat memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan telah dijalankan minggu lalu.

“Sekumpulan pekerja syarikat itu telah menampal lubang-lubang jalan pada hari Sabtu,” katanya.

LUBANG jalan dengan pelbagai kedalaman terbentuk di beberapa bahagian laluan berkenaan.Jurucakap itu turut memaklumkan bahawa MPP menerima beberapa aduan mengenai keadaan jalan yang semakin rosak sejak beberapa bulan lalu dengan laporan terbaharu diterima pada 14 Januari.

“Kebanyakan pengadu tidak berpuas hati dengan lubang dan permukaan jalan yang tidak rata manakala ada juga yang ingin mengetahui bila bahagian jalan di cerun itu akan dinaik taraf,” tambahnya.

Beliau berkata bahagian tersebut sebelum ini hanya ditabur dengan batu kelikir dan masih belum diturap.

MPP telah melantik seorang kontraktor bulan lalu bagi menjalankan kerja naik taraf tersebut.

“Pekerja kontraktor telah mula menandakan bahagian tepi jalan untuk pembinaan longkang minggu lalu dan akan memulakan kerja menurap dalam masa terdekat,” katanya.

Jika tiada sebarang perkara tidak dijangka termasuk cuaca buruk beliau berkata kerja-kerja itu dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Sementara itu Jabatan Kerja Raya (JKR) yang pada awalnya dihubungi berhubung masalah jalan tersebut memaklumkan pihaknya tidak dapat campur tangan kerana kedua-dua laluan berkenaan bukan di bawah seliaan jabatan itu.

“Apa yang mampu kami lakukan hanyalah memaklumkan pihak pengurusan klinik dan MPP mengenai aduan pemandu,” kata jurucakap JKR.

Dalam perkembangan berkaitan jurucakap Jabatan Kesihatan berkata pihaknya sedang meneliti dakwaan mengenai keadaan jalan yang teruk di dalam kawasan Klinik Kesihatan Penampang.

“Kami perlu mengesahkan maklum balas yang diterima. Sekiranya benar kami akan menilai tahap kerosakan dan mengatur kerja pembaikan yang diperlukan,” jelasnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kekerapan penyelenggaraan jalan tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here