Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kerajaan komited laksana MA63 secara berperingkat
Published on: Tuesday, January 20, 2026
Published on: Tue, Jan 20, 2026
Text Size:
Text:
Kerajaan komited laksana MA63 secara berperingkat
Menurut Mustapha, sejajar dengan pendekatan Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Persekutuan akan terus melaksanakan MA63 secara berperingkat dan berasaskan fakta serta Perlembagaan Persekutuan.
Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutuan komited untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara berperingkat, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud (gambar).

Mustapha menyambut baik peringatan Seri Paduka Baginda kepada semua Ahli Parlimen supaya menghayati semula semangat penubuhan negara yang diasaskan melalui MA63, menekankan bahawa Malaysia dibina atas asas perpaduan, bukan kebencian atau prasangka antara negeri.

Advertisement
“Titah Seri Paduka Baginda mengingatkan kita bahawa negara ini dibentuk atas dasar kebersamaan dan saling menghormati. Ini adalah mesej yang sangat bermakna untuk semua pihak,” katanya.

Menurut Mustapha, sejajar dengan pendekatan Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Persekutuan akan terus melaksanakan MA63 secara berperingkat dan berasaskan fakta serta Perlembagaan Persekutuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata pelaksanaan itu memberi penekanan kepada prinsip keadilan, ketelusan dan keberhasilan yang membawa manfaat langsung kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

“Usaha yang sedang dan akan dilaksanakan merangkumi penambahbaikan kerangka perundangan dan perlembagaan, penurunan kuasa pentadbiran secara munasabah, serta pengukuhan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak melalui rundingan berterusan yang konstruktif,” katanya.

Advertisement
Mustapha menjelaskan bahawa dalam konteks pembinaan negara dan pengukuhan perpaduan nasional, Pelan Pendidikan Kebangsaan yang bakal dilancarkan akan memberi penekanan lebih jelas terhadap sejarah pembentukan Malaysia, termasuk semangat dan makna MA63.

Langkah itu, katanya, penting bagi memastikan generasi muda memahami asas pembentukan negara serta kedudukan MA63 dalam struktur Persekutuan Malaysia.

Advertisement
“Pelaksanaan MA63 bukan sekadar memenuhi satu perjanjian sejarah, tetapi merupakan sebahagian daripada agenda masa depan negara untuk memastikan pembangunan lebih seimbang, pengurusan sumber lebih baik serta penyampaian perkhidmatan awam yang lebih responsif dan bersepadu,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Kerajaan Madani akan terus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dengan memastikan semangat MA63 diterjemahkan kepada tindakan konkrit yang berpaksikan kepentingan rakyat, demi kestabilan negara dan pengukuhan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here