Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Lelaki kejar abang ipar guna parang
Published on: Saturday, January 17, 2026
Published on: Sat, Jan 17, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Lelaki kejar abang ipar guna parang
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
RANAU: Berang terhadap abang iparnya yang menyampuk perbualan mengenai isu tanah pusaka, seorang lelaki tempatan bertindak mengejar mangsa dengan sebilah parang, Rabu lalu.

Kejadian berlaku di sebuah gerai di Kampung Merungin 2 di sini kira-kira jam 2.30 petang.

Advertisement
Isteri pengadu dilaporkan bertengkar dengan abang iparnya. Pengadu cuba meleraikan pertengkaran itu namun suspek menjadi marah lalu pergi ke dapur untuk mengambil sebilah parang.

Suspek kemudian mengacukan parang ke arah pengadu sebelum mengejarnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bimbang akan keselamatannya, pengadu tampil membuat laporan polis.

Suspek ditahan di Kampung Merungin 2 pada jam 9.57 malam hari sama.

Advertisement
Memandangkan siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam, polis meremannya selama empat hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here