Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Cubaan seludup rokok tidak bercukai gagal
Published on: Thursday, January 15, 2026
Published on: Thu, Jan 15, 2026
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Cubaan seludup rokok tidak bercukai gagal
FOTO Bernama untuk ilustrasi sahaja.
KUDAT: Cubaan menyeludup rokok tidak bercukai menggunakan perkhidmatan feri berjaya digagalkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Maritim Hasbullah Omar berkata operasi dijalankan hasil maklumat risikan mengenai pergerakan rokok seludup di perairan Kudat menggunakan perkhidmatan feri Kudat–Banggi.

Advertisement
“Bertindak atas maklumat tersebut sebuah bot peronda APMM dikerahkan dan pemeriksaan dilakukan ke atas feri berkenaan sekali gus membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang disyaki cuba menyeludup rokok tidak bercukai ke Pulau Banggi,” katanya.

Menurutnya pemeriksaan lanjut menemui enam kotak mengandungi rokok dengan anggaran nilai keseluruhan kira-kira RM6,000.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Suspek bersama barangan rampasan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967 kerana memiliki dan mengangkut rokok yang disyaki tidak bercukai,” katanya.

Hasbullah menegaskan Zon Maritim Kudat akan terus komited membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim selain menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di perairan Malaysia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here