Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Sabah perkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, tumpu pendigitalan pendidikan
Published on: Tuesday, January 13, 2026
Published on: Tue, Jan 13, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah perkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, tumpu pendigitalan pendidikan
Selain aspek infrastruktur, kedua-dua pihak kata James, turut membincangkan isu keselamatan digital termasuk cadangan pengurangan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja di bawah usia 16 tahun sebagai usaha membanteras ancaman jenayah seksual dalam talian dan pedofilia. 
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri (KPSTI) komited memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi bagi memastikan agenda pendigitalan pendidikan dan keselamatan digital remaja dilaksanakan secara menyeluruh.

Menterinya Datuk James Ratib berkata kerjasama itu penting memandangkan portfolio pendidikan dan inovasi di Sabah amat bergantung kepada infrastruktur komunikasi yang stabil dan berkualiti, khususnya bagi sekolah di kawasan luar bandar, pedalaman dan pulau.

Advertisement
Beliau berkata susulan cabaran geografi negeri yang luas, Sabah mencadangkan institusi sekolah dijadikan nod keutamaan dalam pelaksanaan Jendela Fasa 2, termasuk penyambungan gentian optik terus ke premis sekolah serta peluasan teknologi satelit bagi kawasan sukar dicapai.

“KPSTI juga bersedia menjadi pemudah cara dalam urusan perolehan tanah dan kelulusan pihak berkuasa tempatan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek infrastruktur digital di Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil di Putrajaya, Isnin.

James berkata dalam pertemuan dengan Fahmi, pihaknya turut mencadangkan penggunaan Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) diperluas merangkumi ekosistem pembelajaran digital sekolah, termasuk penubuhan Digital Smart Lab di sekolah terpilih bagi menyokong pembelajaran STEM, TVET, AI asas dan keselamatan siber.

Advertisement
Selain aspek infrastruktur, kedua-dua pihak katanya, turut membincangkan isu keselamatan digital termasuk cadangan pengurangan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja di bawah usia 16 tahun sebagai usaha membanteras ancaman jenayah seksual dalam talian dan pedofilia. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here