Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Warga asing ditahan rogol anak saudara hingga hamil
Published on: Monday, January 12, 2026
Published on: Mon, Jan 12, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Warga asing ditahan rogol anak saudara hingga hamil
ACP Jasmin berkata perbuatan keji lelaki itu terbongkar selepas kakak suspek membawa anak saudaranya ke sebuah klinik untuk pemeriksaan kesihatan.
TAWAU: Seorang lelaki warga asing berusia 40an ditahan kerana dipercayai merogol anak saudaranya yang berusia 19 tahun selepas mangsa didapati hamil susulan pemeriksaan perubatan.

Suspek ditahan kurang daripada 24 jam selepas laporan polis dibuat.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata perbuatan keji lelaki itu terbongkar selepas kakak suspek membawa anak saudaranya ke sebuah klinik untuk pemeriksaan kesihatan.

“Suspek ditahan di sebuah bilik sewa di pusat bandar kira-kira jam 3.50 petang, Sabtu lalu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Penahanan itu dibuat selepas seorang wanita berusia 42 tahun tampil membuat laporan polis apabila anak saudaranya memberitahu apa yang berlaku.

Kejadian rogol dipercayai berlaku kira-kira jam 10 malam di sebuah rumah di Taman Semarak. Ketika itu, mangsa tinggal bersama ibu saudaranya (wanita yang membuat laporan polis).

Advertisement
Suspek merupakan adik kepada wanita berkenaan dan dipercayai merogol remaja itu sebelum kakaknya membawa mangsa ke klinik, di mana pemeriksaan perubatan mendapati mangsa hamil.

“Semakan latar belakang suspek juga mendapati dia mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Advertisement
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang, dengan pihak berkuasa memberi amaran bahawa tindakan lebih tegas akan diambil terhadap pelaku jenayah seksual, khususnya yang melibatkan ahli keluarga.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here