Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Penutupan jalan sementara sempena PRK Kinabatangan dan Lamag
Published on: Thursday, January 08, 2026
Published on: Thu, Jan 08, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Penutupan jalan sementara sempena PRK Kinabatangan dan Lamag
Pasar Tani, Pasar Awam dan Pasar Tamu turut ditutup sementara. Penutupan sempena Hari Penamaan Calon akan bermula pada 9 Januari (Jumaat) jam 2 petang hingga 11 Januari (Ahad) jam 8 pagi.  - FOTO untuk iliustrasi sahaja.
KINABATANGAN: Beberapa jalan utama di daerah ini akan ditutup sementara bermula 10 Januari sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Rakyat Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri Lamag bagi memastikan keselamatan awam serta kelancaran aliran trafik.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Hari Penamaan Calon pada 10 Januari manakala Hari Pembuangan dan Penjumlahan Undi akan berlangsung pada 24 Januari.

Advertisement
Dalam satu kenyataan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan berkata penutupan jalan akan melibatkan Jalan Dato Pengiran Galpam bermula dari hadapan Mahkamah Syariah hingga ke Simpang Tiga menuju Jalan Dato Malek Chua.

Jalan akan ditutup pada Hari Penamaan Calon iaitu 10 Januari dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari serta pada Hari Pembuangan dan Penjumlahan Undi pada 24 Januari, dari jam 5 petang hingga selesai proses penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Selain itu, Pasar Tani, Pasar Awam dan Pasar Tamu turut ditutup sementara. Penutupan sempena Hari Penamaan Calon akan bermula pada 9 Januari (Jumaat) jam 2 petang hingga 11 Januari (Ahad) jam 8 pagi. 

Untuk Hari Penjumlahan Undi, penutupa dilaksanakan dari 23 Januari (Jumaat) jam 2 petang hingga 25 Januari (Ahad) jam 12 tengah hari.

Advertisement
Polis menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesulitan sepanjang tempoh tersebut. Pengundi yang layak juga digalakkan keluar mengundi seawal jam 8 pagi bagi mengelakkan kesesakan pada saat akhir.

Advertisement
Orang ramai turut diminta memberikan kerjasama sepenuhnya serta mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi memastikan proses PRK ini berjalan dengan selamat, lancar dan teratur.

Untuk pertanyaan lanjut, orang awam boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Kinabatangan di 089-561 890.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here