Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Bantuan segera disalurkan kepada SK Rampayan
Published on: Wednesday, January 07, 2026
Published on: Wed, Jan 07, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Bantuan segera disalurkan kepada SK Rampayan
JAMES bersama yang lain semasa tinjauan di sekolah itu.
Kota Kinabalu: Bantuan segera akan disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Rampayan, Menggatal, yang terjejas akibat banjir sejak dua hari lepas, kata Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk membekalkan kira-kira 300  meja dan kerusi, 10 komputer dan satu pencetak, serta kira-kira 40 meja dan kerusi guru bagi menggantikan peralatan yang terjejas akibat bencana itu.

Advertisement
“Semua bantuan dan kelengkapan perlu dibekalkan segera serta dihantar ke sekolah ini sebelum pembukaan sesi persekolahan pada Isnin minggu hadapan (12 Jan) bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan kelangsungan pembelajaran murid,” katanya kepada pemberita selepas meninjau sekolah itu.

Lawatan berkenaan turut disertai Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Jordan Jude Ellron dan pegawai daripada JPNS.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
James berkata hasil pemantauan mendapati kerosakan melibatkan perabot murid, peralatan teknologi maklumat serta kemudahan bilik guru, yang memerlukan tindakan segera sebelum sesi persekolahan diteruskan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada JPNS atas tindakan pantas dalam menyelaras bantuan serta kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua pihak yang terlibat yang telah membantu kerja-kerja pembersihan serta pemulihan sekolah.

Advertisement
“Selain SK Rampayan, beberapa sekolah lain turut dikenal pasti terjejas akibat banjir. Kementerian akan terus memantau keadaan dan menyalurkan bantuan sewajarnya mengikut keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kementerian akan digerakkan bagi menyalurkan bantuan segera kepada sekolah yang terjejas sebagai sokongan tambahan kepada usaha pemulihan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here