Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Bangunan Jabatan Pesakit Luar baharu atasi kesesakan di klinik Inanam, Manggatal
Published on: Monday, January 05, 2026
Published on: Mon, Jan 05, 2026
Text Size:
Text:
Bangunan Jabatan Pesakit Luar  baharu atasi kesesakan di klinik Inanam, Manggatal
MUSTAPHA (tengah) ketika sesi tinjauan di Klinik Kesihatan Menggatal.
Kota Kinabalu: Pembinaan bangunan Jabatan Pesakit Luar (JPL) baharu di Klinik Kesihatan (KK) Inanam dan KK Menggatal dijangka akan menyelesaikan masalah kesesakan pesakit di kedua-dua fasiliti itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata bangunan baharu JPL di KK Inanam sudah siap sepenuhnya manakala pembinaan di KK Menggatal sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

Advertisement
“Pembinaan bangunan baharu ini merupakan projek yang amat dinantikan oleh penduduk setempat.

“Sebelum ini, kapasiti klinik sedia ada tidak dapat menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Dengan adanya kemudahan baharu ini, proses pemeriksaan kesihatan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan tersusun," katanya selepas mengadakan lawatan ke KK Inanam dan KK Menggatal, pada Ahad.

Dalam lawatan sama, Mustapha turut memaklumkan beberapa cadangan pembinaan klinik kesihatan baharu sedang dipertimbangkan, termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Karambunai, tertakluk kepada kesediaan tapak tanah yang bersesuaian.  

Advertisement
Beliau juga mengakui beberapa isu sokongan infrastruktur seperti kesesakan jalan raya, kekurangan tempat letak kenderaan serta ketidakstabilan bekalan elektrik juga dikenal pasti antara cabaran utama menjejaskan operasi harian klinik sedia ada.  

“Saya akan memanggil agensi berkaitan untuk membincangkan penyelesaian segera supaya perkhidmatan kesihatan tidak terganggu,” ujarnya.

Advertisement
Sementara itu, Mustapha berkata beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu dilanda banjir dengan Kampung Darau antara lokasi paling terjejas setakat ini.  

"Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Masjid Al-Munir melibatkan 46 keluarga setakat pagi ini, selain beberapa kawasan lain yang turut dilaporkan dinaiki air," tambahnya.

Menurut beliau, proses pengumpulan data sedang dilaksanakan bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada mangsa terlibat.

Hadir sama, Setiausaha Persekutuan Datuk Mohd Razali Wahab dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr William Gotulis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here