Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Penangguhan bina LRA Kogopon Fasa 2 punca masalah air di Papar
Published on: Monday, January 05, 2026
Published on: Mon, Jan 05, 2026
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Penangguhan bina LRA Kogopon Fasa 2 punca masalah air di Papar
Azrul dan Afiq Abqari.
PAPAR: Kegagalan melaksanakan projek Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon Fasa 2 sejak 2019 dikenal pasti sebagai punca utama isu bekalan air yang berlarutan di Papar, termasuk di Kinarut dan kawasan sekitarnya, sehingga menjejaskan ribuan penduduk ketika ini.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Azrul Ibrahim berkata projek strategik itu sepatutnya dilaksanakan lebih awal namun tidak diteruskan oleh kerajaan negeri dan wakil rakyat Papar pada ketika itu, sekali gus menyebabkan masalah bekalan air berpanjangan.

Advertisement
“LRA Kogopon Fasa 2 sepatutnya dilaksanakan pada 2019 tetapi kerajaan negeri dan wakil rakyat Papar pada waktu itu tidak dapat meneruskan projek strategik tersebut. 

“Namun hari ini mereka bertindak menjadi hero rakyat sedangkan jika projek itu berjalan pada 2019, hari ini air di kawasan terjejas akan lebih stabil,” katanya semasa hadir dalam sidang akhbar penduduk yang terjejas bekalan air di Kinarut, pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawang Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar dan wakil penduduk, Herbert Lye.

Menurut Azrul lagi, wakil rakyat ketika ini iaitu Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali akhirnya berjaya memulakan pembinaan LRA Kogopon Fasa 2 dalam tempoh kurang setahun dengan projek berkenaan dijangka siap pada Ogos depan.

Advertisement
“Wakil rakyat Papar tidak sampai setahun berjaya mulakan projek LRA Kogopon 2 yang dijangka siap menjelang Ogos 2026

“Sementara menunggu projek siap, pihak JANS perlu melaksanakan langkah-langkah konkrit bagi memastikan bekalan air kepada penduduk tidak terus terjejas,” katanya.

Advertisement
Sehubungan itu, beliau menegaskan kepentingan komunikasi dan penyelarasan semua pihak bagi memastikan bantuan bekalan air dapat disalurkan secara berkesan ke kawasan terjejas.

“JANS juga disaran memastikan selepas LRA Kogopon Fasa 2 siap menjelang Ogos depan, isu bekalan air di Papar dapat diselesaikan sepenuhnya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, permintaan bekalan air yang meningkat sempena perayaan Krismas dan cuti sekolah, ditambah dengan masalah kekeruhan air sungai, memburukkan lagi keadaan sehingga menyebabkan gangguan bekalan air sejak minggu lalu.

Pegawai merangkap Jurutera Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Papar Afiq Abqari Nain berkata LRA Kogopon kini beroperasi pada kapasiti maksimum iaitu 40 juta liter sehari, namun jumlah itu masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa.

“Permintaan bekalan air meningkat dengan ketara semasa musim perayaan dan cuti sekolah, khususnya di kawasan berpenduduk padat seperti Kinarut.

“Pada masa sama, kapasiti LRA Kogopon sudah berada pada tahap maksimum iaitu hanya mampu membekalkan 40 juta liter air,” katanya.

Menurutnya, sebarang gangguan teknikal atau kekeruhan air sungai melebihi 1,000 unit kekeruhan nephelometric (NTU) memaksa pengeluaran air dikurangkan sehingga ke paras bawah 30 juta liter sehari bagi menjamin keselamatan bekalan air terawat.

Afiq Abqari menjelaskan, kawasan yang menerima bekalan daripada Tangki P3 Kawang melibatkan penempatan berketumpatan tinggi termasuk taman perumahan, bangunan bertingkat di Kinarut serta beberapa kampung sekitar Kawang.

“Contohnya di Puncak Gloxinia sahaja terdapat kira-kira 1,200 unit rumah, manakala kawasan lain seperti Taman Limauan dan rumah pangsa masing-masing melibatkan ratusan unit kediaman, termasuk bangunan bertingkat tinggi yang memerlukan tekanan air mencukupi,” katanya.

Beliau berkata faktor tekanan air, ketinggian kawasan serta penggunaan pam air persendirian turut menyumbang kepada keadaan di mana sesetengah kawasan menerima bekalan manakala kawasan bersebelahan mengalami gangguan.

“Walaupun bekalan air disalurkan, tekanan air memerlukan masa untuk pulih secara berperingkat. Kawasan yang lebih rendah akan menerima bekalan lebih awal berbanding kawasan yang berada di kedudukan lebih tinggi,” jelasnya.

Afiq Abqari turut memaklumkan kawasan tersebut sememangnya berada dalam jadual catuan bulanan, namun situasi hujung tahun menyaksikan gangguan lebih ketara susulan permintaan luar biasa.

Menjelang pembukaan sesi persekolahan, beliau berkata JANS sedang berusaha menstabilkan bekalan air secepat mungkin dengan melaksanakan catuan terancang sementara menunggu siapnya projek LRA Kogopon Fasa 2.

“Bagi kawasan yang terjejas, kita masukkan dalam jadual catuan supaya bekalan dapat diagihkan secara adil dan dipantau.

“Bantuan lori tangki air juga akan digerakkan dengan kerjasama pejabat Parlimen dan Adun,” katanya.

Sementara itu, Herbert berkata gangguan bekalan air itu menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan penjelasan daripada JANS.

“Antaranya, keadaan air yang perlahan selain bimbang susulan menjelangnya sesi persekolahan pada minggu hadapan menyebabkan penduduk memerlukan inisiatif daripada jabatan tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Jadi kita minta penjelasan rasmi dan telus daripada JANS, jadual pemulihan yang jelas yang memberi kesan kepada bekalan air penduduk dan pelan jangka panjang supaya krisis air tidak berpanjangan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here