Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Bahasa sokong penolakan Ujian Pencapaian Khas
Published on: Monday, December 22, 2025
Published on: Mon, Dec 22, 2025
Text Size:
Text:
Bahasa sokong penolakan Ujian Pencapaian Khas
Beliau berkata usaha untuk mengiktiraf UEC itu adalah tidak selaras dengan pelaksanaan dasar pendidikan nasional yang berlandaskan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara dan hal ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap perpaduan nasional.
Kota Kinabalu: Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani menyatakan pihaknya menyokong penuh usaha untuk menolak pengiktirafan Ujian Pencapaian Khas (UEC) yang sering dipertikaikan berikutan bercanggah dengan sistem pendidikan negara. 

Beliau berkata usaha untuk mengiktiraf UEC itu adalah tidak selaras dengan pelaksanaan dasar pendidikan nasional yang berlandaskan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara dan hal ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap perpaduan nasional.

Advertisement
“Pengiktirafan UEC mencetuskan perpecahan dan kekeliruan dalam sistem pendidikan yang seharusnya memupuk keharmonian dan kesatuan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Dasar Pendidikan Kebangsaan wajib dipertahankan sebagai wahana pembinaan jati diri, perpaduan dan kedaulatan negara. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kita seharusnya memikirkan kesan jangka panjang terhadap generasi akan datang jika UEC ini diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan selepas menghadiri mesyuarat agung Gapena dan penyampaian Anugerah sempena sambutan 55 Tahun Gapena yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu Jasni yang juga Penerima SEA Write Award Malaysia 2015  turut menekankan komitmen Bahasa bagi terus mempromosikan penggunaan bahasa kebangsaan bagi memperkukuhkan sastera tempatan negara ini.

Advertisement
“Hal ini perlu bagi mendapatkan sokongan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan terutama dalam menekankan kepentingan pendidikan berteraskan nilai perpaduan. 

“Bahasa seterusnya akan memantau perkembangan isu ini dan menyampaikan pandangan rakyat demi masa depan pendidikan keseluruhannya,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here