Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Tidak menyertai pilihan raya kecil Lamag dan Kinabatangan menunjukkan Hajiji utamakan kestabillan
Published on: Monday, December 22, 2025
Published on: Mon, Dec 22, 2025
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Tidak menyertai pilihan raya kecil Lamag dan Kinabatangan menunjukkan Hajiji utamakan kestabillan
John yang juga ahli Majlis Tertinggi GRS, berkata pendekatan kepimpinan Hajiji menumpukan kepada kestabilan politik jangka panjang berbanding keuntungan politik jangka pendek.
Kota Kinabalu: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Haji Noor menunjukkan kebijaksanaan apabila bersedia memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Lamag dan Kinabatangan akan datang, kata pemimpin kanan GRS Datuk John Ambrose.

Beliau berkata pendirian Ketua Menteri itu mencerminkan kematangan politik serta komitmen kukuh dalam mengekalkan perpaduan dan kestabilan kerajaan Sabah yang baharu.

Advertisement
“Ini keputusan bijak oleh Hajiji. Ia menunjukkan rasa hormat terhadap keputusan pilihan raya sebelum ini dan mengutamakan perpaduan serta semangat bekerjasama dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan negeri.”

John yang juga ahli Majlis Tertinggi GRS, berkata pendekatan kepimpinan Hajiji menumpukan kepada kestabilan politik jangka panjang berbanding keuntungan politik jangka pendek.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Beliau (Hajiji) ialah jenis pemimpin yang Sabah perlukan, seseorang yang mampu melihat ke hadapan dan membuat keputusan bijak mengikut keadaan.

“Beliau tahu apabila Sabah stabil dari segi politik, segala-galanya akan berjalan lancar. Dari segi ekonomi, ia memberi ruang untuk Sabah makmur. Pelabur akan mempunyai keyakinan.

Advertisement
“Dengan memilih menyokong BN, GRS menghantar mesej jelas bahawa perpaduan dan kerjasama lebih penting daripada bertanding di setiap kerusi. Ini juga bermaksud GRS menghargai usaha mengukuhkan hubungan negeri dan Persekutuan,” tambahnya.

Pada Selasa, Hajiji yang juga Ketua Menteri berkata gabungan itu kemungkinan besar tidak akan menyertai kedua-dua pilihan raya kecil terbabit sebagai menghormati BN yang sebelum ini memenangi kedua-dua kerusi itu melalui Allahyarham Datuk Bung Moktar Radin.

Advertisement
Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dalam GRS namun menegaskan sebagai prinsip, gabungan berkenaan bersedia memberi laluan dan membantu BN memastikan kemenangan di kedua-dua kerusi terbabit.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian pada 24 Januari 2026, dengan hari penamaan calon pada 10 Januari dan pengundian awal pada 20 Januari.

Mengulas Belanjawan Sabah 2026, John berkata belanjawan itu mencerminkan pendekatan fiskal yang berorientasikan rakyat dengan memberi keutamaan kepada kebajikan, ketahanan ekonomi dan pembangunan mapan.

Beliau menyebut keputusan meningkatkan kuota Rumah Mesra SMJ kepada 50 unit bagi setiap kawasan Dun, dengan peruntukan khusus kepada individu berumur bawah 40 tahun serta pasangan muda yang baru berkahwin, disifatkannya sebagai langkah tepat pada masanya untuk mengurangkan tekanan perumahan yang dihadapi keluarga muda.

Belanjawan 2026 itu mencerminkan peralihan daripada bantuan jangka pendek kepada usaha memperkasa rakyat membina kelangsungan hidup mampan, antaranya peruntukan RM15 juta untuk Program Bantuan SME-UP dan RM5 juta untuk Program Keusahawanan Negeri.

“Inisiatif ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi pelaburan untuk membina kebergantungan diri, khususnya bagi golongan belia dan ibu tunggal, membolehkan mereka menceburi bidang keusahawanan dan meningkatkan kedudukan sosioekonomi mereka.

“Daripada semua ini, rakyat Sabah dapat melihat bagaimana Hajiji memahami sisi kemanusiaan.

“Beliau adalah pemimpin Sabah. Tetapi sebelum itu beliau adalah manusia dan mempunyai rasa prihatin terhadap setiap rakyat Sabah.” 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here