Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Hilangnya pejuang filem Sabah
Published on: Friday, December 19, 2025
Published on: Fri, Dec 19, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Hilangnya pejuang filem Sabah
PENGHORMATAN terakhir daripada rombongan Safva yang diketuai oleh Chester, Setiausaha Agung Jade Morris, Exco William Chiang dan Gregory Giting serta penggiat kreatif Sabah yang lain.
Pemergian pengarah popular era 1990-an Tony Francis Gitom pada tengah malam Khamis disifatkan satu kehilangan besar buat industri perfileman Sabah.

Pengarah drama Cinta Antara Benua itu meninggal dunia pada jam 12.13 tengah malam Khamis di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu ketika berusia 58 tahun.

Advertisement
Presiden Persatuan Filem dan Visual Sabah (Safva) Chester Pang berkata Tony bukan sahaja seorang pengarah prolifik malah lantang menyuarakan kepentingan penghasilan filem berkualiti di negeri ini.

Menurutnya mendiang dikenali kerana kritikan tajam terhadap karya-karya tempatan namun setiap pandangan sentiasa disertai cadangan penambahbaikan demi memastikan mutu filem Sabah terus meningkat.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Pada Ogos lalu beliau menghadiri mesyuarat tergempar bersama penggiat seni tempatan yang membincangkan tentang pewujudan Borneo.TV tanpa pengetahuan pemegang taruh yang kemudiannya membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Tindakan Industri Kreatif Sabah (JATIKS).

“Semasa pertemuan ini, saya nampak beliau sudah agak lemah tetapi beliau tetap hadir untuk menyampaikan pandangan dan memberikan sokongan kepada perjuangan penggiat seni Sabah.

Advertisement
“Hari ini kita melihat hasilnya apabila kerajaan negeri baharu mewujudkan portfolio Ekonomi Kreatif di bawah Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK).

“Boleh dikatakan ini adalah antara usaha yang turut diperjuangkan oleh beliau bersama kami penggiat perfileman di Sabah,” katanya ketika dihubungi Hiburan Ekspres pada Khamis.

Advertisement
Tambah Chester, Tony turut aktif dalam program kerjasama dengan 10Star Cinemas bagi menaikkan taraf perfileman Sabah termasuk usaha memastikan karya tempatan mendapat ruang tayangan di pawagam melalui idea serta bimbingannya kepada pembikin filem muda.

“Dalam program-program ini, beliau memberi nasihat dan idea untuk membantu pembikin filem tempatan agar karya mereka dapat ditayangkan di pawagam.

“Pastinya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada industri kreatif di Sabah khususnya,” katanya.

Chester berkata selepas aktif di Kuala Lumpur Tony membina komuniti filem Sabah melalui Karyawan Square sejak kembali menetap di negeri ini, yang melahirkan ramai produser, kru dan pengarah baharu.

Antara nama yang dibentuk melalui ekosistem itu termasuk Marc Abas dan Johari Papajo.

Ebi Kornelis

Sementara itu pelakon dan pengarah filem Syurga Dalam Botol Ebi Kornelis menyifatkan mendiang sebagai seorang berprinsip dan teguh pendirian serta antara tokoh awal yang membuka jalan kepada pembinaan industri seni Sabah.

“Beliau memang seorang yang berani bersuara demi kemajuan perfileman di negeri ini.

“Bagi saya impak suaranya yang lantang juga menjadi pencetus kepada kewujudan saluran TVi (dahulu 180 di Astro) sebagai platform menyiarkan karya-karya daripada Sabah dan Sarawak.

“Selain itu beliau banyak melahirkan pelakon serta tenaga kerja industri di negeri ini. Ramai hari ini yang bertapak dalam dunia filem Sabah sebenarnya menerima tunjuk ajar daripada beliau.

“Saya sendiri banyak menerima tunjuk ajar daripada beliau walaupun saya bukanlah anak muridnya secara langsung,” kata Ebi.

Baginya jasa Tony dalam memperjuangkan tajuk filem Syurga Dalam Botol tidak akan dilupakan.

“Dia pernah berjuang untuk tajuk filem itu supaya tidak ditukar. Jika tidak mungkin filem ini mempunyai tajuk lain dan tidak berjaya seperti hari ini.

“Bahkan beliau juga hadir pada tayangan perdana Syurga Dalam Botol dan memberikan ulasannya.

“Beliau kata filem ini sudah jumpa formula kerana selama ini memang susah cari formula kejayaan filem Sabah,” katanya yang mengakui terkejut dengan berita pemergian tokoh itu.

“Tidak sangka projek terakhir beliau iaitu Bila Aku Mati seolah-olah ingin memberitahu kita tentang pemergiannya,” kata Ebi.

Tony atau nama penuhnya Tony Francis Gitom merupakan pengarah drama kelahiran Penampang yang meraih populariti besar melalui karya rantaian Cinta Antara Benua yang ditayangkan pada 1997 di TV3.

Drama itu bukan sahaja melonjakkan namanya malah turut melayakkannya menerima trofi Pengarah Terbaik di Anugerah Seri Angkasa (ASA).

Antara karya lain beliau termasuk Selamat Hari Jadi Su dan Cinta Korporat.

Selain pengarahan dan penulisan skrip, Tony turut mengusahakan syarikat produksi sendiri di Penampang, menghasilkan pelbagai drama serta projek seni yang membentuk hala tuju industri kreatif Sabah selama puluhan tahun.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here