Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Ollerenshaw letak jawatan Pengarah Teknikal Sabah FC
Published on: Thursday, December 18, 2025
Published on: Thu, Dec 18, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Ollerenshaw letak jawatan Pengarah Teknikal Sabah FC
Kota Kinabalu: Scott Ollerenshaw meletakkan jawatan sebagai Pengarah Teknikal Sabah FC berkuat kuasa 14 Dis, untuk menumpukan kepada keluarga serta menjaga ibu bapanya yang semakin uzur di Australia.

Setelah menetap di Sabah selama 31 tahun, beliau menyifatkan keputusan itu sesuatu yang amat sukar dan berat untuk dilakukan, sambil menambah Sabah FC sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam kehidupan beliau sejak kali pertama tiba di Kota Kinabalu pada 1994.

Advertisement
Antara 1994 hingga 1998, beliau merupakan sebahagian daripada skuad yang menjuarai Piala FA pada 1995 dan Liga Perdana pada 1996, pencapaian yang disifatkan sebagai antara kenangan paling berharga dalam karier bola sepaknya.

Pada 2021, Ollerenshaw kembali ke kelab itu dengan menggalas tugas sebagai pengarah teknikal, yang antara lain bertanggungjawab untuk meremajakan Sabah FC dan beliau menyuarakan rasa bangga terhadap kemajuan kelab itu sepanjang lima tahun lepas.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau Sabah FC menamatkan saingan Liga Super Malaysia di tempat ketiga selama tiga musim berturut-turut, mara ke separuh akhir Piala AFC, serta layak ke perlawanan akhir Piala FA 2025 sekali gus mengukuhkan reputasi sebagai antara pasukan paling disegani di Malaysia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here