Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Suami pukul isteri dipenjara tiga bulan
Published on: Thursday, December 18, 2025
Published on: Thu, Dec 18, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Suami pukul isteri dipenjara tiga bulan
Beliau didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A yang membolehkan hukuman maksimum digandakan jika kesalahan dilakukan terhadap pasangan. 
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 30 tahun dijatuhi tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret pada Rabu kerana menyerang isterinya.

Samson Wong mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas pertuduhan mendatangkan kecederaan secara sukarela terhadap isterinya yang berusia 25 tahun pada pukul 7 pagi, 11 Disember tahun ini di rumah mereka di Taman Ceriamas, Putatan.

Advertisement
Beliau didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A yang membolehkan hukuman maksimum digandakan jika kesalahan dilakukan terhadap pasangan. 

Mengikut Seksyen 323 pesalah boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mahkamah diberitahu bahawa berlaku pertengkaran berkaitan masalah rumah tangga antara pasangan itu sebelum Samson memukul isteri di kepala, tangan dan kaki. Akibatnya mangsa mengalami lebam pada muka, tangan dan kaki serta kesakitan seluruh badan.

Advertisement
 Mangsa kemudianya mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) sebelum membuat laporan polis. 

Polis menahan Samson di rumah mereka pada jam 7.40 pagi hari yang sama untuk membantu siasatan.

Advertisement
Dalam kes lain seorang lelaki berusia 26 tahun didenda RM1,800 atau tiga bulan penjara jika gagal bayar kerana membantu merosakan kabel tembaga.

Mohamad Affendy Ibrahim mengaku bersalah membantu dua individu lain yang masih bebas merosakan kabel tembaga milik Elemen Utara KK Condominium antara jam 3.17 hingga 4.45 pagi pada 9 April 2024 di tingkat 26 bangunan kondominium tersebut di Manggatal.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 431A yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Affendy yang tidak diwakili peguam memohon hukuman yang ringan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here