Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
GRS mungkin tidak akan bertanding: Hajiji
Published on: Wednesday, December 17, 2025
Published on: Wed, Dec 17, 2025
Text Size:
Text:
GRS mungkin tidak akan bertanding: Hajiji
Hajiji Noor berkata, keputusan mengenai kedua-dua kerusi itu masih dalam perbincangan.
Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada 24 Januari depan.

Ketua Menteri dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan mengenai kedua-dua kerusi itu masih dalam perbincangan.

Advertisement
‘Itulah yang kita akan bincangkan. Belum dapat dipastikan lagi, tetapi prinsipnya kita akan beri laluan,’ katanya.

Beliau menegaskan sebarang keputusan akhir akan dibuat berdasarkan rundingan dan persetujuan semua pihak demi kepentingan rakyat dan kestabilan pentadbiran negeri.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
‘Setakat ini, kemungkinan besar kita tidak akan bertanding. Kita akan beri penghormatan dan laluan kepada parti yang menang, kebetulan mereka sebahagian daripada Kerajaan Negeri sekarang.

‘Kita bersedia memberi laluan dan membantu rakan parti supaya mereka dapat memenangi pilihan raya kecil tersebut,’ katanya selepas menghadiri persidangan DUN Sabah, Selasa.

Advertisement
Bagaimanapun Hajiji menegaskan, keputusan muktamad masih belum dibuat kerana beberapa perkara perlu dibincangkan dalam gabungan itu.

‘Nanti saya akan berbincang dengan Presiden Umno dan juga Pengerusi Barisan Nasional,’ katanya mengenai rundingan lanjut PRK berkenaan.

Advertisement
Kekosongan kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag berlaku susulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang meninggal dunia baru-baru ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here