Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Big Eyes, projek solar hibrid perkukuh operasi Esscom
Published on: Wednesday, December 17, 2025
Published on: Wed, Dec 17, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Big Eyes, projek solar hibrid  perkukuh operasi Esscom
KONTRAKTOR menyerahkan projek Big Eyes dan solar hibrid kepada Jamaluddin, disaksikan oleh Victor.
LAHAD DATU: Pelaksanaan sistem pemantauan Big Eyes di Pulau Ligitan, Tawau serta projek solar hibrid di Pulau Pom Pom dan Pulau Bohayen, Semporna dijangka terus memperkukuh operasi Komando Keselamatan Sabah Timur (Esscom).

Komander Esscom, DCP Datuk Victor Sanjos berkata, projek-projek di bawah Kementerian Dalam Negeri melalui Esscom itu bernilai RM4,240,521.38, merangkumi sistem Big Eyes yang bernilai RM3,940,725.60.

Advertisement
Menurutnya, projek Big Eyes di Pulau Ligitan bermula pada Disember 2024 manakala projek solar hibrid bermula awal tahun ini, dan kedua-duanya telah disiapkan mengikut jadual.

“Kedua-dua projek ini dilengkapi infrastruktur, radar, kamera serta sistem berteknologi tinggi bagi menghadapi pelbagai cabaran operasi, selain mengurangkan kebergantungan kepada bahan api serta memastikan kestabilan bekalan kuasa bagi operasi aset pemantauan Esscom di perairan Esszone,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Projek Big Eyes dan Solar Hibrid di sini, Selasa. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Datuk Dr Jamaluddin Ali.

Menurut Victor, penyerahan projek itu akan memperkukuh lagi penyelarasan Operasi Sanggah yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Esscom Fusion Center (EFC).

Advertisement
Katanya, projek berkenaan turut menyediakan keupayaan tindak balas pantas kepada pasukan keselamatan dalam menghadapi ancaman keselamatan, aktiviti jenayah rentas sempadan serta sebarang insiden di perairan Esszone.

Selain itu, ia juga meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan aset pemantauan maritim di kawasan strategik Esszone.

Advertisement
“Projek ini memastikan aset keselamatan kita beroperasi secara optimum di kawasan berisiko tinggi, sekali gus memperkukuh kawalan pasukan dan tahap kesiapsiagaan.

“Pelaksanaan projek ini merupakan inisiatif yang amat kritikal dalam usaha memperkukuh kawalan sempadan di Esszone, khususnya berdepan risiko pencerobohan kumpulan asing atau jenayah penculikan untuk tebusan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here