Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Rumah musnah terbakar di Beaufort
Published on: Wednesday, December 17, 2025
Published on: Wed, Dec 17, 2025
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Rumah musnah terbakar di Beaufort
KEBAKARAN rumah di Taman Arjuna.
BEAUFORT: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Taman Sri Arjuna, di sini, awal pagi Rabu. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Ishak Jabas berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.20 pagi.

Advertisement
“Seramai tujuh anggota digerakkan ke lokasi sejauh empat kilometer dari balai dan tiba pada jam 4.25 pagi,” katanya.

Menurut Ishak, kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat jenis separuh kekal yang terbakar 100 peratus.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pasukan menjalankan operasi pemadaman menggunakan kaedah ofensif dan defensif dengan satu aliran sepanjang 200 kaki, dua pancutan air, dengan sumber bekalan daripada jentera bomba serta pili bomba berhampiran.

Menurutnya, kepantasan tindakan pasukan menghalang kebakaran daripada merebak ke rumah lain.

Advertisement
Tiada mangsa dilaporkan, manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here