Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Penjenamaan semula kementerian bukti komitmen majukan Sabah 
Published on: Tuesday, December 16, 2025
Published on: Tue, Dec 16, 2025
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Penjenamaan semula kementerian bukti komitmen majukan Sabah 
Ghulam Haidar berkata, langkah memperluaskan skop serta memodenkan portfolio kementerian berkenaan adalah selari dengan tuntutan global yang kian mencabar.
Kota Kinabalu: Penjenamaan semula beberapa kementerian dalam Kabinet baharu Sabah adalah bukti komitmen kerajaan memacu pembangunan seiring perubahan dunia.

Adun Kawang, Dato Sri Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata, langkah memperluaskan skop serta memodenkan portfolio kementerian berkenaan adalah selari dengan tuntutan global yang kian mencabar.

Advertisement
Antara kementerian yang paling menonjol ialah Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif; serta Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.

Menurutnya, perubahan itu mampu melahirkan pelapis kepimpinan baharu dan membina generasi yang mampu membawa Sabah terus maju.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Di sinilah Kumpulan Yayasan Sabah berperanan sebagai rakan strategik, bertindak sebagai penyatu dan pendukung dalam mencapai matlamat tersebut.

“Hubungan rapat dengan kementerian terlibat diyakini dapat memperkasakan lagi peranan Kumpulan Yayasan Sabah dalam agenda pendidikan, program kesihatan serta inisiatif kesejahteraan rakyat,” katanya.

Advertisement
Berucap ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN), Ghulam turut menyuarakan keyakinan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, khususnya dalam mencari penyelesaian terbaik berhubung isu hak 40 peratus hasil negeri.

“Hubungan baik Ketua Menteri dengan Putrajaya, khususnya Perdana Menteri, memberi keyakinan kepada kita semua bahawa isu hak 40 peratus hasil negeri akan lebih mudah dileraikan. Pendirian Kerajaan Negeri juga jelas apabila menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan hak perlembagaan Sabah berkaitan Pemberian Khas 40 peratus di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Advertisement
Menurut beliau, mekanisme yang sedang diusahakan tentu akan berjalan lebih lancar berikutan hubungan erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Beliau turut sependapat dengan beberapa Adun lain agar seboleh-bolehnya tiada lagi rayuan dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung perkara itu.

Dalam pada itu, Ghulam turut membangkitkan beberapa isu di kawasan DUN Kawang untuk diberi perhatian oleh kementerian, jabatan dan agensi berkaitan.

Antaranya ialah keperluan menaik taraf sistem saluran paip air lama di Kinarut, termasuk penyediaan peruntukan khas dalam Belanjawan 2026 bagi menaik taraf rangkaian paip di kawasan-kawasan kritikal.

Isu kedua ialah cadangan menyelesaikan masalah banjir di sekitar DUN Kawang dengan menyediakan pelan induk perparitan yang menyeluruh.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here