Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Lembaga Pelancongan Sabah sokong CoBT tingkatkan piawai
Published on: Tuesday, December 16, 2025
Published on: Tue, Dec 16, 2025
Text Size:
Text:
Lembaga Pelancongan Sabah sokong CoBT tingkatkan piawai
JONISTON (empat dari kiri) bergambar bersama pengusaha pelancongan berasaskan komuniti.
Kota Kinabalu: Pengusaha pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) di Sabah digalakan meningkatkan piawai selain terus melakukan penambahbaikan sejajar dengan perubahan jangkaan pelawat.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai berkata banyak destinasi CoBT sudah memiliki tarikan semula jadi dan budaya yang kukuh sekali gus kekal sebagai kelebihan utama mereka namun kekuatan ini perlu dilengkapi dengan perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik.

Advertisement
“Alam semula jadi telah melakukan perananya. Apa yang perlu kita pertingkatkan secara berterusan ialah cara kita menyampaikan pengalaman.

“Kualiti perkhidmatan, kemudahan asas dan profesionalisme juga perlu ditambah kerana memainkan peranan penting dalam membentuk tanggapan pelawat,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Joniston yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama lima pengusaha CoBT Sabah pada Isnin yang baru-baru ini menerima pengiktirafan Piawaian Pelancongan Asean di peringkat kebangsaan.

Diketuai Presiden Persatuan Pelancongan Kiulu Meijin Manggingow pengusaha CoBT tersebut ialah Pusat Rekreasi Bambangan Lama, Murug-Turug Eko-Pelancongan Kampung Minangkob dan Lingga Eko Pelancongan di Kiulu serta Terintidon Eko Pelancongan dan Tagal Kampung Tiong Malangkap di Kadamaian.

Advertisement
Dalam pada itu beliau juga mengingatkan pengusaha agar tidak terlalu bergantung kepada piawaian dan amalan yang mungkin berkesan lima tahun lalu tetapi tidak semestinya relevan pada masa kini.

“Kita perlu seiring dengan peredaran masa untuk memenuhi jangkaan pelawat yang semakin berpengetahuan dan teliti.

Advertisement
“Kita telah menetapkan sasaran agar pelancongan berasaskan komuniti di Sabah mencapai piawaian Asean menjelang 2030. 

“Inilah masanya untuk menilai semula aspirasi tersebut, meneliti kemajuan yang dicapai dan bersikap jujur tentang aspek yang masih perlu diperkukuh,” tambahnya.

Beliau menambah bahawa STB akan terus bekerjasama dengan pengusaha CoBT melalui inisiatif pembangunan kapasiti, penglibatan industri dan kolaborasi dengan agensi berkaitan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan.

Menurutnya Kiulu dan Kadamaian merupakan pemain utama dalam inisiatif pelancongan luar bandar Sabah dan telah ditetapkan sebagai model pembangunan pelancongan luar bandar sejak 2014.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini sektor berkenaan semakin mendapat pengiktirafan dengan Kadamaian menerima Anugerah Pelancongan Berasaskan Komuniti Asean pada 2019 anakala Kiulu kini sedang dipertimbangkan untuk status Cittaslow (bandar perlahan) iaitu satu gerakan global eksklusif yang mempromosikan pembangunan mampan dan dipacu komuniti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here