Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Undian komuniti wajar bagi lantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Ketua Kampung
Published on: Tuesday, December 16, 2025
Published on: Tue, Dec 16, 2025
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Undian komuniti wajar  bagi lantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Ketua Kampung
SIPITANG: Cadangan agar jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ketua Kampung (KK) dilantik melalui undian komuniti seperti disuarakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah Datuk Ewon Benedick menerima maklum balas positif daripada penduduk di daerah ini.

Seorang penduduk Kampung Ulu Bole Luois Lugas (gambar) berkata beliau menyokong kaedah tersebut kerana ia memberi kuasa kepada penduduk memilih pemimpin kampung yang benar-benar berkeupayaan mengurus pentadbiran dan kebajikan masyarakat setempat.

Advertisement
“Isu pelantikan JKKK dan KK kini bukan sahaja dibincangkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedamaian malah turut menjadi perhatian komuniti di daerah lain.

“Jawatan ini memerlukan individu yang mampu mentadbir hal ehwal kampung dan membantu penduduk mendapatkan bantuan kerajaan seperti Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) serta bantuan kewangan yang disediakan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau menyatakan segala bantuan kerajaan perlu disalurkan kepada golongan sasar tanpa mengira latar belakang atau kecenderungan politik sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang bagi memastikan tiada penduduk tercicir.

Luois turut mencadangkan pembinaan pejabat mini di setiap desa untuk kegunaan bersama JKKK dan KK sekali gus memudahkan urusan pentadbiran dan mengelakan penduduk perlu berurusan di rumah pemimpin kampung.

Advertisement
Selain itu beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan jawatan setiausaha tetap di peringkat kampung bagi merekod dan memantau aduan masyarakat secara sistematik.

Beliau berkata pelbagai masalah infrastruktur seperti jalan raya, jambatan dan sistem komunikasi masih belum dibaik pulih atau dinaik taraf walaupun telah berlarutan sejak bertahun-tahun lalu.

Advertisement
Sehubungan itu beliau mencadangkan syarat pelantikan ditetapkan dengan jelas antaranya calon sekurang-kurangnya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), menetap tetap di kampung berkenaan serta memenuhi syarat umur.

“Penduduk kampung juga perlu diberi hak menolak calon sekiranya pelantikan dibuat atas dasar politik tanpa persetujuan komuniti.

“Pelaksanaan undian komuniti yang diselaraskan melalui kerangka pentadbiran yang jelas mampu memastikan pembangunan kampung lebih seimbang dan pengagihan bantuan yang adil di seluruh daerah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here