Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Konsep Kebun Dapur dijangka dilancar awal tahun depan
Published on: Monday, December 15, 2025
Published on: Mon, Dec 15, 2025
Text Size:
Text:
Konsep Kebun Dapur dijangka dilancar awal tahun depan
Jamawi berkata sejak hari pertama beliau melapor diri sebagai menteri azam utamanya adalah untuk membantu komuniti luar bandar dan mengangkat martabat serta kesejahteraan masyarakat kampung yang bergantung kepada sektor pertanian sebagai sumber pendapatan.
KOTA BELUD: Konsep Kebun Dapur yang diperkenalkan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (Maffi) Sabah dijangka dilancarkan pada awal tahun depan sebagai pendekatan utama bagi memperluas penglibatan masyarakat luar bandar dalam aktiviti pertanian berskala kecil.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar berkata inisiatif berkenaan bertujuan membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada penduduk kampung untuk bercucuk tanam di kawasan rumah sendiri dengan kos yang rendah sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada kehidupan harian rakyat.

Advertisement
“Konsep Kebun Dapur dirangka sebagai wadah praktikal untuk menyentuh seramai mungkin masyarakat khususnya golongan petani, pekebun kecil, nelayan serta usahawan desa yang kebanyakanya terlibat dalam sektor pertanian.

“Perbincangan bersama setiausaha tetap kementerian sedang dilakukan bagi memperhalusi pelaksanaan konsep berkenaan supaya ia dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Insyah-Allah dengan perancangan yang rapi konsep Kebun Dapur ini dapat dilancarkan pada awal tahun depan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program PMD dan Mini Karnival Usahawan Desa di Dewan Terbuka Datuk Haji Musbah Haji Jamli pada Ahad.

Jamawi berkata sejak hari pertama beliau melapor diri sebagai menteri azam utamanya adalah untuk membantu komuniti luar bandar dan mengangkat martabat serta kesejahteraan masyarakat kampung yang bergantung kepada sektor pertanian sebagai sumber pendapatan.

Advertisement
Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang hadir dalam majlis berkenaan dan bertemu secara langsung dengan usahawan desa yang disifatkan mempunyai semangat serta keinginan tinggi untuk berjaya dalam bidang keusahawanan.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada dua agensi pertanian negeri iaitu Lembaga Industri Getah Sabah dan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah atas inisiatif mereka terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan luar bandar.

Advertisement
Jamawi berkata para peserta program bukan sahaja menerima bantuan peralatan bernilai sehingga RM6,000 malah turut diberikan sokongan berterusan termasuk bimbingan pemasaran produk secara lebih teratur dan berkesan termasuk melalui pendekatan digital.

Menurut beliau latar belakangnya sebagai seorang petani dan pekebun membolehkanya memahami secara mendalam susah payah, cabaran serta keperluan masyarakat kampung sama ada sebagai petani, penjaja, nelayan, peruncit mahupun penternak.

Pengalaman itu katanya akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha membangunkan komuniti luar bandar terutama yang melibatkan sektor pertanian demi meningkatkan kesejahteraan dan taraf hidup rakyat.

Dalam pada itu Jamawi berharap kerjasama berterusan antara agensi berkaitan serta pihak profesional dapat terus diperkukuh bagi memacu pembangunan dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk kementerian, agensi pelaksana serta Jawatankuasa Pelaksana atas kejayaan menganjurkan Program PMD dan Mini Karnival Usahawan Desa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here