Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Telupid berpotensi jadi hab sosioekonomi pedalaman Sabah
Published on: Monday, December 15, 2025
Published on: Mon, Dec 15, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Telupid berpotensi jadi hab sosioekonomi pedalaman Sabah
Menurut Jonnybone karnival tersebut bukan sekadar penganjuran acara sebaliknya mencerminkan komitmen kerajaan untuk bekerja di peringkat akar umbi dengan mendengar suara rakyat, memahami realiti komuniti serta memastikan isu diselesaikan melalui tindakan terancang yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.
TELUPID: Telupid kini sedang berubah daripada sekadar lokasi persinggahan di Sabah kepada sebuah komuniti yang membangun dengan potensi besar untuk menjadi hab sosioekonomi penting di kawasan pedalaman kata Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Datuk Jonnybone J Kurum.

Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telupid itu mengakui daerah berkenaan masih berdepan pelbagai cabaran yang memerlukan pendekatan lebih tepat dan bersasar dengan fokus kepada keperluan sebenar rakyat.

Advertisement
“Apabila bercakap tentang pembangunan mampan kita bukan memperkatakan mengenai slogan atau perancangan di atas kertas.

“Kita bercakap tentang kehidupan sebenar rakyat — ibu bapa yang mahukan persekitaran lebih baik untuk anak-anak mereka, golongan belia yang mencari peluang pekerjaan dan pendidikan, warga emas yang memerlukan sokongan serta komuniti yang ingin maju bersama.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Dalam aspek kesihatan Telupid merekodkan antara kadar kematian ibu tertinggi di Sabah. Ini satu petunjuk penting yang memerlukan tindakan segera dan pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh,” katanya ketika merasmikan Karnival Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Bersasar Sabah 2025 bertemakan “No One Left Behind” yang berlangsung di Dewan Terbuka Tamu Desa Pekan Telupid pada Sabtu.

Menurut Jonnybone karnival tersebut bukan sekadar penganjuran acara sebaliknya mencerminkan komitmen kerajaan untuk bekerja di peringkat akar umbi dengan mendengar suara rakyat, memahami realiti komuniti serta memastikan isu diselesaikan melalui tindakan terancang yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.

Advertisement
Dalam pada itu Jonnybone memberi jaminan kementerianya bersama agensi teknikal akan terus memperkukuh intervensi kesihatan komuniti di Telupid secara berperingkat. 

“Menerusi pendidikan pula termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) laporan menunjukkan keperluan untuk memperluas latihan kemahiran, literasi dewasa, Pendidikan Literasi Fungsian (PLF), program Pendidikan Kemahiran Dewasa (Leads) serta akses pendidikan pasca menengah kepada belia tempatan.

Advertisement
“Kerajaan komited memastikan peluang TVET dan pendidikan berasaskan kemahiran terus diperluas di daerah ini supaya belia Telupid tidak ketinggalan dalam arus ekonomi baharu,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here