Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Masyarakat Pedalaman sambut baik Belanjawan Negeri 2026
Published on: Monday, December 15, 2025
Published on: Mon, Dec 15, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Masyarakat Pedalaman sambut baik Belanjawan Negeri 2026
Haji Yazid dan Mohd Ridhwan.
KENINGAU: Masyarakat di Pedalaman menyambut baik Belanjawan Kerajaan Sabah 2026 yang dibentang oleh Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun pada Jumaat.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor Keningau Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata, Pembentangan Belanjawan Sabah 2026 oleh Masidi yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah II, mencerminkan pendekatan kerajaan negeri yang berhemah, berdisiplin serta berteraskan keutamaan rakyat.

Advertisement
Katanya, dengan Anggaran Perbelanjaan Perbekalan berjumlah RM6.402 bilion dan Anggaran Hasil sebanyak RM6.430 bilion, belanjawan ini berjaya mengekalkan kedudukan kewangan negeri yang stabil apabila mencatatkan Belanjawan Lebihan (Surplus Budget) sebanyak RM28 juta.

“Pencapaian ini amat signifikan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu dan mencabar,” katanya ketika diminta mengulas Bajet 2026.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Katanya, walaupun terdapat sedikit penurunan berbanding Bajet 2025, keupayaan kerajaan negeri untuk terus mencatat lebihan membuktikan pengurusan fiskal yang cermat serta kecekapan pentadbiran kewangan oleh Kerajaan GRS–Perpaduan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Belanjawan ini juga dilihat realistik, berpaksikan kepada keupayaan hasil sebenar negeri serta memberi ruang kepada kesinambungan pembangunan, kebajikan rakyat dan kestabilan ekonomi negeri. Pendekatan ini wajar dipuji kerana mengutamakan kelestarian kewangan jangka panjang berbanding perbelanjaan berlebihan,” jelasnya.

Advertisement
Tambahnya, secara keseluruhannya, Belanjawan Sabah 2026 merupakan satu manifestasi komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kemakmuran Sabah dapat dikongsi bersama rakyat, di samping menjamin tadbir urus kewangan yang bertanggungjawab dan berintegriti.

Ketua Anak Negeri Mukim Pegalungan di Daerah Kecil Pagalungan Mohd Ridhwan Angayas turut menyambut baik belanjawan negeri 2026 yang di bentangkan oleh Menteri Kewangan.

Advertisement
Katanya, secara menyeluruh belanjawan tersebut merupakan akujanji pada PRU DU Sabah ke-17 baru-baru ini dan bersyukur ia telah diterjemahkan.

“Ini bererti urustadbir GRS lima tahun sebelum ini jelas ada langkah penambahbaikan lima tahun ke hadapan,” katanya.

Mohd Ridhwan berkata, belanjawan ini telah merangkumi kehendak dan aspirasi rakyat Sabah keseluruhannya.

Jelasnya, penambahan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya pada kali ini juga dilihat satu perkembangan yang sangat positif untuk anak-anak muda yang baru mendirikan rumah tangga kerana mereka sangat memerlukan tempat tinggal yang selesa selepas kahwin.

“Bantuan untuk modal insan yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti sangat baik bagi mencapai hasrat dan impian anak-anak kita adalah di alu-alukan. Bagi pihak penduduk Pedalaman, saya menyokong penuh belanjawan kali ini kerana ia boleh merancakkan segala yang dirancang dapat direalisasikan dengan berkesan,” ujarnya.

Katanya TVET, Stem dalam pembangunan modal insan dengan penyertaan orang muda satu langkah yang sangat bijak oleh kerajaan negeri Sabah untuk melonjakkan ekonomi negeri Sabah khasnya dan amnya pada negara.

Menurut Mohd Ridhwan, orang muda adalah pelapis dan penggerak ekonomi negeri Sabah turut diambil kira dalam belanjawan negeri 2026.

“Ini membuktikan kerajaan GRS adalah kerajaan yang sangat peduli kepada generasi muda dan usaha ini perlu diteruskan untuk mengangkat maruah rakyat Sabah,” tambahnya.

Jelasnya lagi, banyak berita baik yang kita dapat hasil pembentangan belanjawan kali ini.

“Kita mengharapkan pembangunan yang telah dan sedang dirancang khususnya di kawasan N.46 Nabawan dapat direalisasikan terutama sektor pertanian perikanan, eko pelancongan dan sebagainya,” katanya.

Selain itu katanya, pembangunan infrastruktur juga masih diperlukan di daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here