Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Kemudahan pengurusan sisa terjadual pertama Sabah
Published on: Sunday, December 14, 2025
Published on: Sun, Dec 14, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kemudahan pengurusan sisa terjadual pertama Sabah
EWON (ketiga, kiri) menyempurnakan majlis pecah tanah projek itu.
SIPITANG: Pelaburan strategik lebih RM1 bilion bagi membangunkan mini kemudahan pengurusan sisa terjadual di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip) di sini, bakal membuka peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Sabah, sekali gus menyokong pertumbuhan industri mampan, selamat dan berdaya saing.

Majlis perasmian pecah tanah projek pertama seumpamanya di Sabah yang dibangunkan oleh E-Concern (Borneo) Sdn Bhd, itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan negeri, Sabtu.

Advertisement
Ewon berkata pembinaan kemudahan itu selari dengan wawasan ‘Sabah First’ yang diperkenalkan kementeriannya, iaitu meningkatkan penyertaan rakyat Sabah dalam sektor industri sama ada sebagai pemilik perusahaan atau tenaga kerja berkemahiran.

“Kemudahan pengurusan sisa terjadual itu merupakan keperluan kritikal bagi menyokong pertumbuhan industri, khususnya apabila pengurusan buangan terjadual kelak diambil alih oleh kerajaan negeri. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Antara manfaat utama projek ini termasuk mengurangkan kebergantungan kepada kemudahan luar Sabah, menurunkan kos logistik, memastikan pematuhan piawaian alam sekitar, mengurangkan risiko pencemaran serta menarik pelaburan baharu ke Sogip, KKIP dan POIC,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Ewon berkata kemudahan itu juga dijangka membuka kira-kira 270 peluang pekerjaan apabila beroperasi sepenuhnya dengan keutamaan kepada anak-anak Sabah.

Advertisement
Beliau berharap semua agensi dan jabatan berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah, SOGDC, MIDA, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya terus bekerjasama bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar serta mematuhi piawaian ditetapkan.

Menurut Ewon, kementeriannya komited mengukuhkan ekosistem pelaburan sejajar dengan aspirasi Sabah Maju Jaya melalui tiga tumpuan utama merangkumi usaha meningkatkan keyakinan pelabur menerusi dasar jelas dan penyelarasan agensi yang cekap.

Advertisement
Selain itu, memperkasa usahawan tempatan agar menyertai rantaian bekalan pelabur; dan memantapkan ekosistem logistik dan pengangkutan termasuk keupayaan pelabuhan, kemudahan industri dan utiliti sokongan.

Mengulas prestasi pelaburan, Ewon berkata berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), dalam tempoh lima tahun (September 2020 hingga September 2025) sektor pembuatan di Sabah merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM24.98 bilion.

Katanya, ia merangkumi RM19.55 bilion pelaburan asing dan RM5.43 bilion pelaburan domestik melibatkan 91 projek serta mewujudkan lebih 8,000 peluang pekerjaan baharu.

“Sogip terus muncul sebagai pemangkin utama pertumbuhan industri negeri dengan kemasukan pelaburan besar daripada syarikat seperti Esteel Enterprise Sabah, Petronas dan E-Concern (Borneo) Sdn. Bhd, sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi ekonomi Sabah,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here