Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Lelaki nafi rogol pelajar sekolah
Published on: Thursday, December 11, 2025
Published on: Thu, Dec 11, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki nafi rogol pelajar sekolah
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan. Sementara menunggu tarikh tersebut Sharul diperintahkan untuk terus direman.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan bawah umur.

Tertuduh Sharul Nizam Roger Kan yang sebelum ini dijadualkan untuk membaca fakta kes dan menjatuhkan hukuman pada Rabu telah menukar pengakuanya kepada tidak bersalah.

Advertisement
Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan kemudian menetapkan 19 Januari 2026 sebagai tarikh pengurusan pra-perbicaraan.

Sharul dituduh merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 15 tahun 11 bulan pada jam 5.45 petang, 31 Ogos 2024 di sebuah hotel di Tuaran.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara menunggu tarikh tersebut Sharul diperintahkan untuk terus direman.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis mewakili pihak pendakwaan manakala Sharul tidak diwakili peguam.

Dalam perkembangan lain seorang wanita berusia 33 tahun didenda keseluruhan sebanyak RM4,000 kerana melakukan kesalahan berkaitan farmasi.

Advertisement
Tertuduh Lisherine Ddyvie Jawan mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Bagi pertuduhan pertama Lisherine didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana menjual tiga produk tidak berdaftar kepada seorang wanita pada jam 11.30 pagi, 15 Jun 2023 di Aqualis Beauty and Fashion, Fasa 3 Pusat Komersial Papar, Papar.

Bagi pertuduhan kedua dia didenda RM1,500 atau penjara sebulan kerana memiliki 11 produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) di tempat dan masa yang sama.

Manakala bagi pertuduhan ketiga Lisherine sekali lagi didenda RM1,500 atau penjara sebulan kerana memiliki 11 produk kosmetik tanpa notifikasi juga di tempat dan masa yang sama.

Semasa rayuan mitigasi Lisherine memohon keringanan hukuman dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwaan Farmasi Angeline Francis William.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here