Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Kota Kinabalu catat peningkatan konsisten sisa harian
Published on: Monday, November 24, 2025
Published on: Mon, Nov 24, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Kota Kinabalu catat peningkatan konsisten sisa harian
Sabin berkata Kota Kinabalu kini berada dalam fasa pembangunan pesat sebagai bandar pelancongan, pusat pertumbuhan pesisiran pantai dan destinasi hijau.
Kota Kinabalu: Bandaraya ini mencatatkan peningkatan konsisten dalam purata sisa harian dengan hampir 40 peratus daripadanya adalah sisa makanan yang boleh dikompos.

Mayor Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata lebih 20 peratus daripada sisa lain sebenarnya boleh dikitar semula tetapi masih berakhir di tapak pelupusan.

Advertisement
“Situasi ini membuktikan bahawa kita perlu memperkukuh sistem pengurusan sisa melalui pendekatan yang lebih strategik, inovatif dan berasaskan komuniti,” katanya dalam ucapan pada kempen kesedaran ‘My City My Responsibility’ di City Mall yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK Robert Lipon.

Sabin berkata Kota Kinabalu kini berada dalam fasa pembangunan pesat sebagai bandar pelancongan, pusat pertumbuhan pesisiran pantai dan destinasi hijau.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Bagaimanapun pembangunan pesat ini juga membawa cabaran besar dalam aspek pengurusan sisa pepejal.

“Pendekatan ini memerlukan pemerkasaan peranan komuniti, galakan pemisahan sisa di sumbernya serta mempelbagaikan program pendidikan dan aktiviti kesedaran secara berterusan. 

Advertisement
“Sejajar dengan itu hari ini menandakan satu langkah penting apabila kita melancarkan Jawatankuasa Pengurusan Sisa Komuniti bagi Kampung Warisan dan Kampung Cenderamata II, Likas.”

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa ini adalah model bagi pelaksanaan Pengurusan Sisa Pepejal Berpandukan Komuniti.

Advertisement
“Ia memberi autonomi dan tanggungjawab kepada komuniti tempatan untuk menjalankan aktiviti kitar semula, pengkomposan sisa makanan, program pendidikan, pemantauan kawasan sisa panas serta peranan mereka sebagai duta kebersihan komuniti.

“Inisiatif ini selari dengan agenda Kota Kinabalu Bandaraya Rendah Karbon pada 2030 yang menekankan pengurangan, penggunaan semula dan kitar semula sisa sebagai sebahagian daripada gaya hidup masa depan bandaraya ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here