Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
‘Rakyat mahukan kesinambungan pertadbiran GRS-PH’
Published on: Monday, November 24, 2025
Published on: Mon, Nov 24, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
‘Rakyat mahukan kesinambungan pertadbiran GRS-PH’
HAJIJI bersama yang lain pada Program Jelajah Mega Tamparuli di tapak tamu Pekan Tamparuli.
TAMPARULI: Ketua Menteri Hajiji menyatakan keyakinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) akan memperolehi pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabtu ini,

Katanya, sepanjang siri kempen bermula pada 15 November lalu, rakyat semakin jelas mahukan kesinambungan pentadbiran GRS-PH demi kemajuan negeri.

Advertisement
“Di kawasan yang saya turun, Alhamdulillah.. penerimaan terhadap calon GRS-PH sangat baik. Ramai memilih untuk bergerak ke depan. 

“Mereka kata sudah beri peluang kepada yang lain, kini mereka mahu kerajaan GRS diteruskan lagi untuk lima tahun yang akan datang.”

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Hajiji yang juga pengerusi GRS, berkata momentum sokongan itu memberi gambaran jelas bahawa rakyat mahukan kestabilan politik dan pembangunan berterusan.

Dalam masa sama, calon GRS bagi Dun Sulaman itu menyeru pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab pada pengundian awal Selasa ini supaya memilih calon yang benar-benar berupaya membawa perubahan di kawasan masing-masing.

Advertisement
“Kita beri kebebasan kepada pengundi. Undi itu hak mereka. Tapi jika ditanya, pilihlah calon yang mampu bawa kemajuan — bukan hanya untuk kawasan, tetapi untuk masa depan Sabah,” katanya.

Hajiji turut menyatakan keyakinan bahawa GRS mampu ‘menyapu bersih’ kesemua empat kerusi Dun di Tuaran yang membabitkan Tamparuli, Kiulu, Sulaman dan Pantai Dalit.

Advertisement
Saingan sengit tertumpu di Tamparuli apabila pertembungan yang melibatkan 13 penjuru, diikuti Kiulu (lapan penjuru), Pantai Dalit (tujuh penjuru) dan Sulaman (lima penjuru).  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here