Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
PBS sokong penuh GRS berhubung 40 peratus
Published on: Sunday, November 09, 2025
Published on: Sun, Nov 09, 2025
Text Size:
Text:
PBS sokong penuh GRS berhubung 40 peratus
Julita berkata PBS melihat isu tersebut bukan sebagai isu politik tetapi soal maruah negara dan penghormatan terhadap Perlembagaan, dengan menegaskan bahawa hak 40 peratus itu merupakan sebahagian daripada persetujuan yang membawa kepada kemasukan Sabah ke dalam Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian Majlis Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menegaskan hak perlembagaan Sabah terhadap pemberian khas 40 peratus di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Agung PBS, Datuk Julita Majungki, berkata keputusan bersejarah itu mengesahkan perjuangan lama parti berkenaan bahawa hak Sabah adalah hak perlembagaan, dan bukan ihsan yang boleh diberi atau ditarik sesuka hati.

Advertisement
“Keputusan bersejarah ini membuktikan bahawa hak Sabah merupakan asas sebenar kepada perkongsian kita dalam pembentukan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Julita berkata PBS melihat isu tersebut bukan sebagai isu politik tetapi soal maruah negara dan penghormatan terhadap Perlembagaan, dengan menegaskan bahawa hak 40 peratus itu merupakan sebahagian daripada persetujuan yang membawa kepada kemasukan Sabah ke dalam Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here