Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Duathlon Kota Kinabalu dapat sambutan hebat
Published on: Saturday, November 08, 2025
Published on: Sat, Nov 08, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Duathlon Kota Kinabalu dapat sambutan hebat
PEMENANG super pecut lelaki (dari kiri) Radzmin, Randelle dan Xenres.
Kota Kinabalu: XMultisport Duathlon Bandaraya KK tahun ini, yang julung kali diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini, menyaksikan penyertaan besar.

Acara tahunan edisi ketiga itu turut menyaksikan penyertaan atlet dari Brunei, Sarawak dan Malaysia Barat.

Advertisement
Sebanyak tujuh kategori diadakan dan kategori pecut terbuka lelaki dimenangi oleh Yap Qi Yi diikuti Kan Ee Hann dan Azrul Khairi.

Tiga pemenang terbaik dalam kategori wanita ialah Suhaila Muhamad, Yasrinnur Yakub dan Norazian Alai.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Randelle Royston Ma Qi Yuan merangkul perlumbaan pecut super bawah 16 tahun lelaki, mengatasi Mohd Radzmin Ryan Mohd Zakiyah dan Xenres Hee Lok Yong, manakala Shannon Liaw Xiao Xuan merupakan satu-satunya pemenang dalam kategori perempuan.

Bagi kategori pecut senior, mahkota lelaki dimenangi oleh Ammir Hassan Zainal dan di tempat kedua Samsuddin Sjaipuddin dengan Kevin Yuen di tempat ketiga, manakala gelaran wanita disandang Zetteeramawie diikuti Liezazman dan Lizawati Sedi.

Advertisement
Blacko Cyclelogy merupakan pasukan juara dalam kategori lelaki lari berganti pecut diikuti Aijo Bikers dan ZCC 3, manakala gandingan Azmi/Ryehana merangkul kategori campuran lari berganti pecut di hadapan Alfadz/Noor Hafizah dan Lim/Stephani.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here