Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Polis didakwa terima rasuah lepaskan tahanan
Published on: Thursday, November 06, 2025
Published on: Thu, Nov 06, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Polis didakwa terima rasuah lepaskan tahanan
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah rasuah diterima atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang anggota polis berusia 45 tahun didakwa di Mahkamah Khas Rasuah pada Rabu atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM4,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk melepaskan seorang tahanan yang ditangkap polis.

Sarjan Sazaly Sahaji mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Advertisement
Dia didakwa menerima wang tunai berjumlah RM4,000 daripada seorang lelaki bernama Al Sadam Madusin sebagai dorongan untuk melepaskan tahanan yang dikenali sebagai Disa pada jam 10 pagi, 28 Julai 2024 di Restoran Maimumah Maju, Kepayan.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah rasuah diterima atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mahkamah menetapkan 12 Disember tahun ini bagi pengurusan pra-perbicaraan dan 2 hingga 3 Mac tahun depan untuk perbicaraan kes tersebut.

Sementara menunggu kes selesai Sazaly dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan deposit RM5,000 serta dua penjamin tempatan.

Advertisement
Mahkamah turut memerintahkan Sazaly melapor diri di Balai Polis Inanam sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi pendakwaan serta tidak memohon pasport.

Ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya Dk Afiqah Alya Ak Johari mencadangkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin serta beberapa syarat tambahan dikenakan ke atas tertuduh.

Advertisement
Bagaimanapun peguam bela Sylester Kuan memohon agar jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan Sazaly kini digantung tugas dan mempunyai tiga anak yang masih bergantung kepadanya.

Sylester turut memohon agar dua penjamin bagi kes ini sama seperti dalam dua kes dadah lain melibatkan Sazaly yang masih dalam proses perbicaraan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here