Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Selepas ‘talak tiga’ GAS, PKAN, Jismit kini pemangku presiden PKS
Published on: Thursday, November 06, 2025
Published on: Thu, Nov 06, 2025
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Selepas ‘talak tiga’ GAS, PKAN, Jismit kini pemangku presiden PKS
JISMIT (kedua dari kiri) menerima perlembagaan PKS daripada Thomas (ketiga dari kanan) sambil diperhatikan oleh yang lain.
Kota Kinabalu: Dato’ Jismit Japong, yang menyertai Parti Kerjasama Anak Negeri (PKAN) kira-kira dua minggu lalu, dilantik sebagai Pemangku Presiden Parti Kebangsaan Sabah (PKS) pada 1 November 2025.

Beliau secara rasmi mengambil alih jawatan tertinggi parti itu selepas bekas Presiden PKS Thomas Anggan mengumumkan peletakan jawatannya di sini pada Selasa dan memaklumkan kepada ahli bahawa Jismit akan mengambil alih sebagai pemangku presiden parti berkuat kuasa serta-merta.

Advertisement
Thomas berkata beliau telah mengarahkan Jismit untuk menghantar laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi memaklumkan secara rasmi mengenai pertukaran kepimpinan dalam PKS. Katanya, PKS merupakan parti berbilang kaum yang ditubuhkan pada 2008 dan akhirnya diluluskan oleh ROS pada 2013.

Jismit berkata beliau dan penyokongnya di bawah Kumpulan Gemilang Sabah meninggalkan PKAN kerana merasakan kedudukan mereka dalam parti itu tidak kukuh, lalu memutuskan untuk mencari haluan politik baharu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Bagi pihak dirinya, beliau berkata wakilnya telah menyerahkan sijil ‘talak tiga’ (istilah dalam Islam yang merujuk kepada perceraian terakhir dan tidak boleh dirujuk semula) kepada Presiden PKAN, Datuk Henrynus Amin pada Isnin. 

“Saya hanya diberi keahlian biasa dalam PKAN dan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya baharu parti itu.

Advertisement
“Saya ditawarkan jawatan Naib Presiden tetapi saya menolak kerana jawatan itu tidak mempunyai kuasa sebenar,” katanya.

Jismit, yang pernah mengetuai parti tempatan, Parti Gemilang Anak Sabah (GAS) pada September tahun ini, dan keluar daripada parti itu pada awal Oktober berikutan isu kepimpinan parti, berkata percubaan mereka untuk bertanding sebagai calon bebas tidak mendapat sambutan baik daripada pengundi. 

Advertisement
Oleh itu, inisiatif terakhirnya ialah menemui Thomas untuk memohon kebenaran agar mereka dibenarkan bertanding di bawah tiket PKS pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Katanya, beliau tidak mengambil alih parti terbabit dan tidak berniat mewujudkan puak dalaman.

Menjawab satu soalan, dedahnya, mereka akan bertanding di semua 60 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan pembahagian calon sebanyak 40 peratus lelaki berusia, 30 peratus wanita dan 30 peratus golongan muda (lelaki dan wanita muda).

Ditanya sama ada PKS akan bertanding secara solo dalam PRN17, Jismit berkata parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti berasaskan Sabah yang tidak mempunyai kaitan dengan parti dari Semenanjung.

Walaupun ada yang menganggap PKS sebagai parti kecil, Jismit yakin PKS akan mentadbir Sabah dan mampu memenangi antara 30 hingga 34 kerusi.

“Sebaik sahaja saya menjadi Ketua Menteri, parti-parti dari Semenanjung tidak akan dibenarkan beroperasi di Sabah.

“Apabila PKS memerintah, harga petrol dan diesel di Sabah akan diturunkan kepada RM1 seliter dan pendidikan percuma akan disediakan dari peringkat tadika hingga universiti.

“Kami juga merancang untuk menubuhkan sebuah hospital milik kerajaan negeri di setiap 25 kawasan Parlimen di seluruh negeri dan soal pembiayaan tidak akan menjadi masalah kerana Sabah sebenarnya sangat kaya,” katanya.

Katanya, PKS berhasrat menubuhkan empat kementerian baharu termasuk Kementerian Sumber dan Pembangunan Mineral yang akan bertanggungjawab menguruskan sumber mineral negeri yang banyak.

Jismit berkata PKS akan melancarkan jentera dan manifestonya pada 9 November dengan kira-kira 500 tetamu dijangka hadir dan akan mengumumkan senarai calon parti pada 14 November bagi mengelakkan tindakan ‘pancing calon’ oleh parti lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here