Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Kelab RYFC naib juara Liga Superimau
Published on: Thursday, November 06, 2025
Published on: Thu, Nov 06, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Kelab RYFC naib juara Liga Superimau
BARISAN pemain Kelab RYFC U12
RANAU: Pasukan bola sepak bawah 12 tahun (B-12) Ranau, Kelab RYFC mengorak langkah penting dalam pembangunan kelab itu apabila muncul naib juara Liga Suparimau Musim B, kategori Harimau baru-baru ini.

Kelab yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih dan Presiden Kelab RYFC, Keiru Jumin itu membuktikan pemain muda mereka mampu bersaing di peringkat lebih tinggi dan berprestij jika diberi latihan, bimbingan dan ruang untuk berkembang.

Advertisement
“Sepanjang liga, mereka menunjukkan peningkatan dan disiplin dalam setiap perlawanan hasil tunjuk ajar jurulatih dan komitmen tinggi seluruh pasukan terhadap pembangunan pemain.

“Saya amat berbangga dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain sepanjang musim ini.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Mereka bukan sahaja bermain dengan hati dan disiplin, malah menunjukkan peningkatan ketara dari segi pemahaman taktikal serangan dan pertahanan,” katanya.

Keiru turut merakamkan penghargaan khas kepada ibu bapa pemain yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi, sama ada melalui kehadiran di padang, menyediakan keperluan anak-anak, sokongan kewangan, pengangkutan dan sokongan moral sepanjang musim.

Advertisement
“Semangat kekeluargaan yang ditunjukkan telah menjadi sumber kekuatan utama pasukan Kelab RYFC.

“Penghargaan saya berikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Ibu Bapa, A Santinios, yang telah banyak membantu kelab terutama dari segi latihan dan pemantauan semasa perlawanan,” katanya.

Advertisement
Pengurus Besar Kelab RYFC, Sylviana Viana Saiki,  turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam memastikan perjalanan pasukan berjalan lancar sepanjang liga.

Kejohanan yang berlangsung di Padang Sintetik Likas, Kota Kinabalu itu dianjurkan oleh Boost Juice dengan kerjasama Subway, Kementerian Belia dan Sukan serta Maxim Events Sdn Bhd yang mendapat sokongan penuh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Acara ini merupakan arena penting untuk pemain muda RYFC mempamerkan bakat, semangat juang dan prestasi yang lebih baik sepanjang Musim B.

Liga yang dijuarai Talawa FC itu bermula pada Julai 2025 menyaksikan saingan sengit antara pasukan muda dari seluruh Sabah.

Pasukan RYFC dibarisi 18 pemain muda berbakat termasuk Mohd Haikal Hafezi (ketua pasukan), Jas Aqmar, Elden, Thaqifuddin, Alois Evan, Alexis, Asyraa @ Acha, Accel, Arshad, Aldrie, Allen Mccarthny, Isaac Cole, Mohd Fazwan, Ezan, Wazif, Aaron Josh, Clare Olsen dan Ameer.

“RYFC Club akan terus komited untuk melahirkan lebih ramai bakat muda yang boleh mewakili daerah dan negeri pada masa hadapan,” tambah Keiru.

Pencapaian membanggakan ini turut mengukuhkan nama kelab itu sebagai antara pasukan yang giat membangunkan bola sepak akar umbi di daerah Ranau walaupun baru setahun ditubuhkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here