Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
‘Perluas penggunaan bantuan RM100’ 
Published on: Wednesday, July 30, 2025
Published on: Wed, Jul 30, 2025
By: Sohan Das
Text Size:
Text:
‘Perluas penggunaan bantuan RM100’ 
Bantuan ini diperkenalkan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan boleh digunakan bermula 31 Ogos hingga Disember ini. Seramai 22 juta rakyat layak menerima manfaat ini di 4,100 kedai yang diluluskan. - FOTO untuk iliustrasi sahaja.
LABUAN: Bantuan tunai RM100 yang diberikan Kerajaan Madani kepada setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas seharusnya tidak dihadkan kepada pembelian barangan keperluan di kedai yang diluluskan sahaja, sebaliknya turut merangkumi premis makanan.

Bekas Presiden Persatuan India Muslim Labuan, Mohd Tajudeen Mohamed berkata inisiatif itu sememangnya satu langkah prihatin daripada kerajaan dan mampu meringankan beban ramai pihak yang terjejas dengan peningkatan kos sara hidup.

Advertisement
“Apa yang penting ialah semua orang dewasa dapat manfaatnya, tanpa mengira latar belakang atau status kewangan – maksudnya tanpa diskriminasi – dan diberikan secara mudah seperti hanya imbas MyKad,” katanya.

Tajudeen, yang juga Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Labuan berkata, antara perkara yang terlepas pandang ialah wujudnya puluhan ribu individu bujang yang bekerja atau belajar di luar kawasan asal dan menyewa bilik tanpa dapur atau kemahiran memasak, selain hanya tahu menyediakan mi segera Maggi.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau berkata, bagi kategori penerima seperti ini, barangan runcit tidak memberikan sebarang makna.

“Mereka tentunya lebih menghargai makanan siap masak pilihan mereka, dan ini boleh dilakukan sekiranya penggunaan baucar itu diperluaskan kepada restoran pilihan termasuk restoran Muslim, Cina, India atau lain-lain.”

Advertisement
Katanya, dengan nilai RM100, mereka boleh menikmati beberapa hidangan yang baik, termasuk hidangan kegemaran yang sudah lama tidak dinikmati, untuk tempoh sehingga sebulan.

Tajudeen turut berkata, perkara sama boleh diaplikasikan kepada penghuni rumah orang tua.

Advertisement
“Apa yang mereka boleh lakukan dengan barangan mentah? Tentunya mereka akan lebih gembira jika dibenarkan menggunakan wang tersebut untuk memesan makanan kegemaran dari luar.

“Manfaat tambahan sekiranya penggunaan RM100 ini diperluas ialah lebih ramai pihak akan mendapat faedah – baik kedai mahupun restoran. Malah, inisiatif kerajaan juga akan mendapat lebih banyak pujian daripada rakyat.”

Bantuan ini diperkenalkan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan boleh digunakan bermula 31 Ogos hingga Disember ini. Seramai 22 juta rakyat layak menerima manfaat ini di 4,100 kedai yang diluluskan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here