Thu, 18 Jun 2026
Headlines:
Laluan Keningau-Tenom terjejas akibat banjir kilat
Published on: Sunday, June 14, 2026
Published on: Sun, Jun 14, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Laluan Keningau-Tenom terjejas akibat banjir kilat
JALAN itu masih dibaiki namun sudah boleh dilalui.
KENINGAU: Aliran trafik di sepanjang jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom terganggu sementara susulan banjir kilat di KM133.95 akibat hujan lebat berterusan, menenggelamkan laluan sementara serta menyebabkan jalan utama dipenuhi lumpur dan sisa hanyut.

Kejadian petang Jumaat itu menyebabkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan, sekali gus mengakibatkan kesesakan panjang dan menjejaskan pergerakan pengguna jalan raya, peniaga serta penduduk yang bergantung kepada rangkaian jalan utama antara Keningau dan Tenom.

Advertisement
Laluan terbabit merupakan antara penghubung utama di kawasan Pedalaman Sabah, menjadikan penutupan sementara itu satu kesulitan besar kepada pengguna yang berulang-alik antara kedua-dua daerah.

Susulan kejadian itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan, Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi segera turun ke lokasi bagi meninjau keadaan serta menyelaras tindakan bersama agensi berkaitan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau diiringi Pegawai Daerah Keningau, Norsih Nusuri, Ketua Polis Daerah Keningau serta anggota Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan.

Kerja-kerja pembersihan awal dilaksanakan serta-merta sementara menunggu ketibaan kontraktor bagi menjalankan kerja pemulihan yang lebih menyeluruh.

Advertisement
Pada masa sama, agensi keselamatan dan pihak berkuasa berkaitan terus memantau keadaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta mempercepatkan usaha memulihkan laluan terjejas.

Operasi pembersihan dan pemulihan diteruskan sepanjang malam sebelum laluan di KM133.95 dibuka semula kepada pengguna pada pagi Sabtu selepas keadaan cuaca bertambah baik dan timbunan lumpur serta sisa hanyut berjaya dibersihkan.

Advertisement
Orang ramai yang berada di lokasi memuji tindakan pantas pihak berkuasa dan pemimpin setempat dalam menangani situasi itu serta memastikan laluan dapat dibuka semula dengan selamat.

Kejadian itu sekali lagi menggambarkan cabaran yang dihadapi pengguna jalan raya di kawasan pedalaman Sabah ketika musim hujan berpanjangan, khususnya di laluan utama yang menjadi nadi perhubungan dan aktiviti ekonomi masyarakat setempat.

Bagaimanapun, kerjasama antara agensi kerajaan, pasukan keselamatan, pemimpin tempatan dan penduduk berjaya memulihkan akses dalam tempoh singkat sekali gus membolehkan aliran trafik kembali normal.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here