Mon, 15 Jun 2026
Headlines:
‘Perkukuh langkah mitigasi banjir di Kota Kinabalu’
Published on: Saturday, June 13, 2026
Published on: Sat, Jun 13, 2026
Text Size:
Text:
‘Perkukuh langkah mitigasi banjir di Kota Kinabalu’
Kota Kinabalu: Pihak berkuasa digesa memperkukuh langkah mitigasi banjir di bandar raya ini susulan kejadian banjir kilat akibat hujan lebat yang melanda beberapa kawasan sejak beberapa hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-Api, Loi Kok Liang (gambar) berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta agensi berkaitan perlu segera mempertingkatkan usaha mitigasi banjir menjelang musim monsun akan datang.

Advertisement
Beliau berkata hujan lebat baru-baru ini menyebabkan banjir sementara di beberapa jalan utama dan kawasan rendah di bandar raya ini, sekali gus menjadi amaran awal bahawa sistem perparitan sedia ada mungkin tidak mampu menampung keadaan cuaca yang semakin tidak menentu.

“Walaupun air banjir surut dengan cepat, kejadian ini menunjukkan risiko banjir kilat yang lebih serius semasa musim hujan sekiranya langkah pencegahan tidak diambil,” kata wakil rakyat Parti Warisan itu dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Loi berkata kejadian banjir bukan sahaja mengganggu aktiviti harian, malah menjejaskan tindak balas kecemasan, mengundang risiko keselamatan serta berpotensi membawa kesan lebih buruk sekiranya berlaku hujan yang lebih lebat.

Beliau menggesa pihak berkuasa supaya segera memeriksa dan menyelenggara sistem perparitan, pembetung, saliran air, kolam takungan serta infrastruktur kawalan banjir.

Advertisement
“Kerja pembersihan longkang bagi membuang kelodak, sampah dan halangan perlu dilaksanakan segera serta menyelesaikan masalah di kawasan yang kerap dilanda banjir.

“Kapasiti sistem perparitan di kawasan yang pesat membangun juga perlu dikaji semula.

Advertisement
“Dengan peningkatan ketidaktentuan iklim, pendekatan proaktif amat penting. Menangguhkan tindakan sehingga banjir besar berlaku adalah tidak bertanggungjawab dan akan meningkatkan kos,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here