Tue, 19 May 2026
Headlines:
Biasiswa ‘Silk Road’ tajaan penuh di China
Published on: Sunday, May 17, 2026
Published on: Sun, May 17, 2026
Text Size:
Text:
Biasiswa ‘Silk Road’ tajaan penuh di China
EWON menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi SBH Kibing Solar New Materials Celine Li.
KOTA KINABALU: Pelajar Malaysia kini boleh memohon Program Biasiswa “Silk Road” tajaan penuh bagi pengambilan 2026 yang ditawarkan Kibing Group dengan kerjasama Changsha University of Science and Technology serta disokong oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Biasiswa itu akan menaja sepenuhnya lima pelajar peringkat sarjana muda dan antara lima hingga 10 pelajar sarjana dalam bidang berkaitan tenaga baharu dan kejuruteraan.

Advertisement
Program berkenaan bertujuan melahirkan tenaga profesional dan pemimpin industri dalam bidang seperti tenaga hijau, ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), kewangan, pengurangan risiko bencana dan pendidikan guru.

Kibing Group turut menawarkan peluang latihan industri dan pekerjaan selepas tamat pengajian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Program sarjana muda dalam bidang Sains dan Kejuruteraan Tenaga Baharu akan diajar dalam Bahasa Mandarin manakala program sarjana dalam bidang Kejuruteraan Kuasa dan Termofizik Kejuruteraan ditawarkan dalam Bahasa Mandarin atau Inggeris.

Biasiswa itu meliputi yuran pengajian, penginapan, elaun sara hidup dan insurans perubatan.

Advertisement
Pemohon perlu memenuhi syarat bahasa iaitu pelajar sarjana muda memerlukan HSK Tahap 3 manakala pelajar sarjana memerlukan HSK Tahap 4 dan skor minimum IELTS 5.5. 

Mereka yang belum memiliki sijil berkenaan boleh mengikuti kursus Bahasa Mandarin selepas pendaftaran.

Advertisement
Permohonan dibuka dari 7 hingga 22 Mei manakala keputusan akan diumumkan pada 31 Mei.

Calon berminat perlu membuat pra-pendaftaran dengan Kibing Group dan menghantar dokumen melalui platform antarabangsa Changsha University of Science and Technology.

Untuk maklumat lanjut, hubungi wakil Kibing Group, Liew Yi Xuan melalui WhatsApp di talian 012-3432463.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here