Thu, 14 May 2026
Headlines:
Mekanik didakwa rogol remaja
Published on: Tuesday, May 12, 2026
Published on: Tue, May 12, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Mekanik didakwa rogol remaja
Kesalahan di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang mekanik berusia 23 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur.

Tertuduh Lee Jun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Monica Linsua selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Advertisement
Mengikut pertuduhan Lee didakwa merogol remaja berusia 13 tahun enam bulan itu antara jam 4.30 pagi hingga 6 pagi pada 8 Februari tahun ini di sebuah inap desa (homestay).

Kesalahan di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 5 Jun depan untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan Lee diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin tempatan sementara menunggu kes selesai.

Lee turut diarahkan supaya melapor diri di balai polis berhampiran, diberi amaran agar tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan dan pasportnya (jika ada) perlu diserahkan untuk simpanan mahkamah.

Advertisement
Mahkamah dimaklumkan bahawa Lee dan mangsa saling mengenali antara satu sama lain.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim manakala peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence mewakili tertuduh.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here