BAND MXI kembali dengan pertaruhan terbaru mereka Di Sebalik yang menampilkan penyanyi popular Sam Bunkface sebagai rakan kolaborasi.
Di Sebalik merupakan single kedua MXI yang bakal dimuatkan dalam album kedua mereka yang berkonsepkan ‘featuring album’.
MXI yang bermaksud ‘Mission Not Impossible’ ialah sebuah kumpulan muzik yang diasaskan pada 2022 di Kuala Lumpur.
Kumpulan ini bukanlah asing dalam industri memandangkan ahli-ahlinya terdiri daripada gabungan muka lama dan baharu dalam arena muzik negara.
Advertisement






