Sun, 26 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
‘Terimakasih atas bantuan dokumen’
Published on: Saturday, April 25, 2026
Published on: Sat, Apr 25, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
‘Terimakasih atas bantuan dokumen’
MAMING (kiri) menerima sijil lahir anaknya daripada petugas JPN Sandakan.
SANDAKAN: Mangsa kebakaran Kg Bahagia merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan yang membantu memudahkan urusan penggantian dokumen yang hilang melalui perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran negara (JPN).

Dua mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) PPR Taman Batu Sapi berkongsi rasa syukur mereka ketika berurusan dengan pihak JPN yang membuka kaunter bergerak.

Advertisement
Sandra Musid, 51, berkata kaunter itu, yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang, memudahkan lagi urusan berkaitan.

Menurutnya, kesemua sijil lahir tiga anaknya tidak sempat diselamatkan melainkan kad pengenalannya yang tersimpan di dalam begnya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, ketika kejadian awal pagi Ahad itu, keluarganya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan suara orang ramai, sebelum menyelamatkan diri dengan tinggal sehelai sepinggang. 

Seorang lagi mangsa, Maming Andal, 39, turut membuat penggantian sijil lahir isteri dan lima anak mereka di kaunter itu.

Advertisement
“Terima kasih atas pembukaan kaunter JPN di sini yang memudahkan urusan penggantian sijil lahir keluarga saya,” katanya.

Maming, yang bekerja di Semenanjung, berkata dia segera pulang ke Sandakan selepas mengetahui kejadian itu. 

Advertisement
Mereka juga berharap bantuan lanjut, khususnya perumahan, akan diberikan selepas PPS itu ditutup kelak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here